ASAL BANGSA RAJA
Merujuk mengenai sejarah Gangga Negara dan keturunan asal memerintah banyak yang bercanggah dengan yang pekara disebut dalam buku-buku sejarah hari ini.
Dan dipercayai ramai orang-orang Melayu Perak yang berdamping dengan kebenaran tahu akan kesilapan yang dinyatakan oleh pakar-pakar sejarah yang ada. Namun mungkin kekuatan mereka untuk menyuarakan atau membukukan apa yang sebenar dan benar itu sejarah kejadian belum mendapat ijab atau jalan bagi mengzahir oleh Allah s.w.t.
Namun SAKA TAYANG PUSAKA akan membuka sedikit demi sedikit asal usul sebenar asal usul keturunannya, semoga ia dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada keturunan-keturunan yang hebat sebelum ini kita pernah dengar kini hampir pupus dan hilang sedikit demi sedikit dari mata dan telinga generasi anak melayu baru sekarang.
Bukan membongkar sejarah sebenar itu bertujuan MAHU MENUNTUT, MAHU MERAMPAS, MAHU MEMERINTAH, MAHU KEMBALI BERKEDUDUKKAN DIDALAM KUASA ATAU MAHU DI KEMBALIKAN HAK YANG DITENGGELAMKAN TETAPI MAHU IA TIDAK HILANG DARI SEJARAH DAN TIDAK MAHU MENGELIRUKAN MALAH MAHU DIBANGGAKAN OLEH ANAK CUCU CICIT MELAYU SENDIRI.
Yang berlaku itu sudah berlaku, segalanya dengan izin ALLAH s.w.t dan jangan dipertikai lagi. Sudah pasti segala yang berlaku itu ada baik nya mahupun buruk tetap ada baiknya. Itulah kejadian sebenar-benar nya dari ALLAH s.w.t. Namun yang penting adalah tidak wajar jika ti-dak mencari kebenaran yang benar kerana ia sangat penting buat gene- rasi akan datang meyambung adat istiadat melayu. Tiadakan mungkin melayu beradat tidak berbangsa, tiadakan mungkin berbangsa tiada ke-turunan dan tiadakan mungkin berketurunan tiada beragama.
Raja-raja terakhir Gangga Negara(Beruas/Manjung/Dinding)dan keluarga mereka melarikan diri ke Hulu Perak apabila ketika Portugis menyerang Melaka.
Sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis.Sedikit sebanyak,Beruas telah menolong Kesultanan Kota Melaka bagi sama-sama mem perjuangkan memerangi Poertugis ketika itu.Ini kerana Sultan Melaka pernah mem-bantu Raja Gangga Negara didalam memerangi Kerajaan Manjung Ketika
itu Kerajaan Gangga Neg- ara iaitu Beruas sedang berkembang sebagai sebu-
ah kerajaan perdagangan dengan pelabuhan yang be sar dan hasil utamanya adalah bijih timah.Sete-ru utama Kerajaan Beruas ialah Kerajaan Manjung yang berjiran dengannya. Menurut Sejarah Melayu, seorang Raja Beruas pernah datang menghadap
Tentera Wilayah Barohan Pada Sekitar Tahun 1820an
Sultan Mahmud Shah (1488-1511) di Melaka memohon bantuan untuk meny- erang Kerajaan Manjung. Sultan Mahmud Shah berkenan membantu dan menyerang Kerajaan Manjung.
Sebagai kuasa yang menyerang, Portugal memang sepatutnya menghadapi semua sekutunya. Ini terbukti oleh fakta bahawa Angakatan Portugal itu mengejar dan memburu Sultan Mahmud Shah ke Muar, Pahang, Bentan dan lain-lain.
Secara logiknya, mereka akan melakukan perkara yang sama kepada mana-mana angkatan yang menentang mereka. Kerajaan Beruas dikalahkan
oleh Portugis dan ahli-ahli keluarga Raja yang masih hidup didalam istana Gangga Negara Beruas menyelamatkan diri ke Ulu Perak.
Seperkara yang akan menyokong hujah ini adalah hakikat bahawa Tun
Saban (Penguasa/Haluan/Raja sekitar Upper Perak 1500-an awal)pergi ke Sumatera untuk meminta Sultan Mahmud Shah Melaka untuk membawa Raja Sulungnya ke Perak untuk dijadi pemerintah baru mereka kerana ikatan perkahwinan Raja sulung dengan keturunan pemerintah Raja Beruas (fakta yang terdapat didalam penulisan Tun Sri Lanang)kerana Melaka ketika itu sudah menjadi Negeri yang terbuang dan tidak mempunyai tanah untuk memerintah.
Dan sebenarnya Tun Saban adalah ahli keluarga pemerintah Beruas sejak Raja Beruas melahirkan gelaran "Tun" pada awal nama-nama mereka. (Pasti Fakta ini dikatakan bercanggah dengan kebanyakan sejarah buku mengatakan bahawa Tun Saban adalah anak kepada Bendahara besar Tun Perak Melaka)
Bagi membuktikan praktikal hujah ini mengatakan bahawa Tun Saban BUKAN AHLI KELUARGA BENDAHARA MELAKA:
- Tun Perak pada asalnya adalah suatu Penghulu Klang dan bukan dari kawasan atas Semenanjung.
- Batu Nesan Makam Tun Saban dan Toh Temong (berbanding dengan Tun Saban & Juga Penguasa Hulu Perak sebelum Kesultanan)adalah sama dengan batu-batu makam Raja Beruas.
- Apabila Raja Sulung (Anak Sultan Mahmud Shah) datang ke Perak, beliau berjanji bahawa Tok Temong dan Tun Saban bahawa walaupun baginda diterima sebagai Raja Perak, Baginda hanya akan memerintah di tebing kanan Sungai Perak dan keluarga Tun Saban akan tinggal di kiri.Mengapa di sebelah kiri?.Bukankah Beruas/Manjung terletak di sebelah kiri Sungai Perak. Sudah tentu mereka mahu untuk memerintah semula keatas tanah air mereka
- Mengapakah wajib seorang Putera Raja dari Sultan Mahmud dipilih menjadi Raja. dan kenapa tidak dari kalangan mereka yang menjadi Raja?a).Kerana melihatkan Tali perhubungan persaudaraan dariperkahwinan diantara Puteri dari Keturunan Keluarga Kesultanan Sultan Mahmudb).Kesultan Melaka sudah menjadi kerajaan terbuang dan bagimendaulatkan kembali Kesultanan tersebut dengan merajaiNegeri Perak sebagi Negeri yang berdaulat.c).Konsep "Daulat". Mereka merasakan bahawa pemerintah harusmempunyai 'Daulat'. Pemerintah paling Berdaulat datangnyadari keturunan Kesultanan Melayu Melaka.Mengapa Melaka?Kerajaan Beruas pernah menjadi jajahan taklukkan KerajaanKesultanan Melaka
Maka kesimpulannya disini bahawa Bangsa Raja Kerajaan Gangga Negara telah melarikan diri ke hulu Perak dan Tun Saban adalah ahli keluarga Bangsa Raja Beruas yang memerintah Kerajaan Gangga Negara dan bukan sama sekali dari keturunan Bendahara dari Melaka.
Asal keturunan pemerintah Gangga Negara rata-rata dikatakan dan sebahagian dari pakar sejarah kita hari ini pernah menyebut bahawa keturunan mereka ini dipercayai tinggal di Pasir Panjang Laut.
Gelaran Seri Nara Wangsa adalah gelaran yang terutama dan sangat penting diawal Kesultanan Perak. Gelaran ini telah lenyap ketika Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh berkuasa di Perak.
Nama Toh Pasir Panjang inilah salah seorang pengasas yang membuka Pasir Panjang dan baginda menetap disitu dan juga pemegang gelaran Seri Nara Wangsa yang pertama.
Baginda adalah Seri Nara Wangsa dari keturunan Bangsa Raja yang pertama yang menjadi paling penting didalam jawatan Orang Besar Empat Kesultanan Negeri Perak
Pada masa itu rakyat jelata menghormati, menganggap dan melayan Keturunan Bangsa Raja itu sama seperti Raja yang memerintah Negeri Perak ketika diwaktu itu.
Dari Toh Pasir Panjang inilah bermulanya Silsilah Keturunan Maharaja Kinta dan turun kepada kehadirannya Gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Amar Bangsa Di-Raja Dato' Panglima Kinta atau lebih tepat menurut cerita nenek moyang dahulu ia dipanggil sebagai keturunan Raja Gangga Negara yang memakai gelaran Nama Tubuh Badan dihadapan dengan panggilan TUANKU sehingga menjadi TENGKU (panggilan dari orang kulit putih laknat)dan Panglima Kinta itu juga dikenali sebagai RAJA KINTA
Sehingga Dato' Panglima Kinta Ke-11 dan jurai keturunannya sebelumnya sahaja di kalangan Orang Besar Orang Besar Lapan mempunyai adat istiadat dan mejalankan majlis adat istiadat yang hampir sama dengan Raja Pemerintah Negeri Perak iaitu Istiadat Istiadat Bersiram dan Istiadat Bertabal. Namun bukanlah ia menjadi ketua pemerintah Negeri, Kerana adat turun temurun serta ia berasal dari Keturunan Bangsa Raja dan memerintah Lembah Kinta ketika itu.
Ketua-ketua Pembesar lain, hanya mempunyai adat istiadat melaksanakan Menjunjung Duli dari Sultan Perak. Ini sahaja sudah membuktikan bahawa dari royalti Perak dan golongan bangsa Raja Panglima Kinta (keturunan Raja Beruas) adalah sebagai kerabat Di-Raja.
Namun selepas bekas Dato' Panglima Kinta Ke-11 dari jurai Dato' Panglima Kinta Ke-9, sudah tidak lagi menjalankan adat istiadat ini kerana mereka bukan dari jurai keturunan Bangsa Raja.
Namun bagi keluarga dari WARIS AL-MARHUM SERI AMAR BANGSA DI-RAJA KE-11, masih lagi mengamal adat istiadat ini bukan untuk memerintah atau menduduki jawatan mahupun sebaliknya, tetapi menjadikan ia adat istiadat didalam keturunan yang TIDAK LAPUK DEK ZAMAN buat penyambung kepada anak cucu cicit yang berketurunan dan berbangsa didalam masyarakat melayu hari ini.
Kesimpulan kebenaran pada artikal ini, bahawa keturunan Raja Gangga Negara memang wujud sehingga hari ini dan dari Pasir Panjang adalah merupakan kawasan bermulanya keturunan Seri Amar Bangsa Di-Raja ini.
Insyallah dengan izin ALLAH s.w.t, artikal akan datang akan mebongkarkan kisah kebenaran apakah "SUMPAH" yang melarang keturunan ini di larang mereka untuk "MASUK ISTANA" Sultan Perak namun ingin diperbetulkan disini maksud "SUMPAH" "MASUK ISTANA" ialah "SUMPAH TIDAK BOLEH JADI PEMERINTAH NEGERI". Serasa Saka Tayang Pusaka tidak silap dengan maksud yang diberikan kerana kami berketurunan Bangsa Raja-Raja Gangga Negara atau Raja-Raja Wilayah Baruhan. Haq Qul Yakin....
-tokchangkatlanggor-