Pesan Moyang Zaman Berzaman

Rahsia Kita


Ini salinan  rahsia,
Menjelma jadi papan bernyawa,
Tinta nirmala airnya syurga,
Pena kampor penyambung makna,
Besi khursani mengalir dakwatnya,
Selembar cindai tempat tahtanya,
Kertas Malaya diberi nama,
Tempat orang menghasil cipta,
Mengadun kersa jiwa merana,
Menyusun doa sekelian walinya,
Membuka kobah khazanah paduka,
Kenallah diri andik tercinta,
Sebelum kenal tilik asal usulnya,
Kalau dah tahu hebat perinya,
Belum ditiup bergoyang daunnya,
Benarkah rasa pengukur kata,
Benarkah jarak jadi masanya,
Benarkah ilmu cepat jadinya,
Belum bertanya tahu jawapnya,

Kalau sungguh bagai dikata,
Apa maknanya kita tiada,
Bukan tubuh maksudnya Beta,
Tapi rakyat bayangan sahaja,

Fahamkan ia jangan teruja,
Selagi jahil selubungnya kita,
Bila mengaji gopoh lakunya,
Belum dibaca banyak salahnya,
Maklumlah alim seribu kitabnya,

Katanya ini ayat tak berguna,
Kenapa cepat marahkan tinta,
Menulis akan warkahnya kita,
Bukankah pena pewaris sahaja,
Tuannya tiada berkata apa,
Sebelum baca doa pun tiada,

Manakan rahmat kajian kita,
Belum bermula sesat dah merata,
Belum diuji dah hafal isinya,
Bukan ajaran hanya dikepala,
Selagi sedar itu tiada,

Ingatlah jika kita manusia,
Hati dihijab tak tahu apa,
Segala ilmu mainan kata,
diukur dari jendela dunia,
Bukan diukur darinya mata,
Sudah kasaf tujuh benua,
Selagi baris diatas sahaja,
Baris dibawah ba jadinya,
Baris ditengah jadinya ta,
Tinggi mana baris atasnya,
Dekat saja ta dengannya,
Selangkah saja hendak ke ba,

Fahamkah tuan akan maknanya,

Jika zahir ada batinnya,
Jika langit ada buminya,
Jika aku itu tiada,
Kenapa dijawap hanyalah Dia,
Memang sungguh bagai dikata,
Anak sapi mati merana,
Kerana susu rosak sebelanga,
Kerana hati hancur manusia,

Kerana ilmu bangga dirinya,
Kerana tiada akan berjumpa,
Barangnya kita hairan semua,
Kata yang alim apa ertinya,
Hati-hati kata berkata,
Hati-hati hujah mengata,
Hati-hati akal mencela,
Hati-hati rasa tak sempurna,
Selagi nafsu dirinya kita,
Manakan sama Aku dan Dia,
Tiada mungkin akunya ada,
Selagi dia ada sentiasa,

Permata ini melayu yang punya,
Wasiat dari moyangnya kita,
Sudah wujud berjuta tahunnya,
Anak cucu yang tak tahu sahaja,
Kerana tiada rasa pentingnya,
Tiada bangga akan susur galurnya,

Nenek moyang sakai belaka,

Tiada tahu resam dunia,
Sama seperti kera bernama,
Hanya memakai cawat sahaja,
Lihat sitanggang batu jadinya,
Di sumpah ibu sakai orangnya,
Adakah sakti itu agama,
Atau melayu jati asalnya,

Amatilah hai sekelian yang ada,
Memang benar ini kisahnya,
Melayu hebat seantiro dunia,
Mencipta tamadun diatas dunia,


Sebelum Ibrahim vikrama namanya,
Anak melayu raja keturunannya,
Itulah asal cerita bermula,
Jangan kita lupa akannya,
Apa lagi hendak dikata,
Melayu pelupa juga orangnya,
Disangka pedagang mulia dirinya,
Segala yang ada habis dijualnya,
Hanya diri sebatang kara,
Nasib baik melayu rela,
Habis keturunan cacat asalnya,
Mengaku asalnya bangsa mulia,
Baca sejarah didalam dunia,
Asal melayu menggoncang dunia,
Beribu tahun menjelajah samudra,
Beribu tempat menjadi kampungnya,
Kenapa melayu suka bermuka,
Malu berkata melayu dirinya,
Melayu mulia dikata bercampur darahnya,
Bukanlah melayu sejati ibubapanya,
Dan bukan melayu asli juga asalnya,

Semang putih putih darahnya,
Amat sakti masin mulutnya,
Tapi kita nak elok saja,
Kalau boleh nak kata syed keturunannya,

Pedagang arab menjual membeli yang ada,
Anak dara diberi kahwin percuma,
Kerana keturunan arab dikata mulia,
Dikira melayu semuanya hina,

Kenapa sanggup menjadi pendua,
Melayu tetap satu bangsanya,
Takkan melayu tunduk sahaja,
Dimana maruahnya akan kita,
Sanggup menjual sanak saudara,
Kerana ingin darah baduinya,
Apakah kita sakai semua,
Tiada adat tiada martabatnya,
Aduhai melayu lupa dirinya,
Tidakkah kita tahu akan Nya,
Dia itulah segala-galanya,
Melayu sebenar tahu hakikat tuhannya,
Melayu sebenar tahu jalan kepada Nya,
Melayu sebenar pemegang akan kuasa Nya,
Melayu sebenar itulah panglima Nya,

Sungguh-sungguhlah hendaknya kita,
Mengenal akan ilmu melayu nya,
Yang sudah lengkap sejak azalinya,
Yang tiada cacat tiada celanya,
Kita melayu dah lama didunia,
Tak perlu diajar tata caranya, 



-tokchangkatlanggor-