Dato' Panglima Teja


Panglima Teja.

Pada zaman dahulu di Kuala Teja (dekat Kota Baharu, Gopeng Perak)terdapat Orang Besar-Besar bergelar Dato’ Panglima Teja. Ini bermakna setiap Daerah ataupun Wilayah didalam bumi Perak ini pasti juga mempunyai Orang Besar-Besarnya yang kita tidak ketahui selama ini. Apabila meyebut kepada Orang Besar, ini bermakna juga sudah pasti ada Raja yang berkuasa keatas Daerah mahupun Wilayah diduduki oleh Raja tersebut. Namun apa yang pasti walau sebanyak mana pun Pemerintah yang berdarah mahupun berbangsa raja itu sudah pasti Raja yang paling besar itu Raja yang memerintah bagi seluruh Perak. Jikalau kita amati dan renungkan seketika diatas sistem yang diamalkan oleh Kesultanan dahulu, ia menampakkan satu sistem pemerintah yang berunsurkan mufakaat. Maka tidak hairan jika satu masa dahulu Bumi Melayu ini lebih terkenal keseluruh pelusuk alam benua dimuka bumi ini dimana empayar oarng melayu begitu kukuh kerana kesepakatan yang terbentuk oleh sistem dari pucuk pimpinan kerajaan kesultanan melayu itu sendiri yang sekaligus membentuk ekonomi setempat. Patutlah orang melayu dahulu kebanyakkan semua berstatuskan orang berada.

Berbalik kepada Kuala Teja, nama Kuala Teja dikatakan berasal dari sejenis pokok yang disebut oleh orang Pokok Seteja. Dikatakan pada masa itu pokok seteja ini tumbuh begitu banyak ditebing-tebing sungai disitu.

Orang Besar yang pertama memegang gelaran Orang Kaya-Kaya Besar Raja Mahkota Dato’ Panglima Teja yang asal ialah Dato’ Ulin B. Panglima Kukut. Dato’ Ulin dilahirkan pada tahun 1748 di Paulima Perak. Mungkin tidak ramai yang tahu dimana tempat yang disebutkan tadi. Paulima adalah sebuah kampung tinggal di tebing kiri sungai kinta. Ayahandanya bernama Panglima Kukut b. Tok Demang Indra Sakti atau lebih terkenal dengan nama Keramat Panglima Paulima.

Dato’ Ulin dilantik sebagai Dato’ Panglima Teja iaitu jawatan yang diwaris, oleh Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Sultan Perak ke-19 pada tahun 1806 dengan sokongan padu dari Yang DiPertuan Muda Raja Ahmad Johan Berdaulat Ibni Al-Marhum Raja Sa’ad iaitu menantu Sultan Perak yang berasal dari Daik. Raja Ahmad inilah digelar orang Tok Perak dan membuang gelar serta membawa diri ke Pahang kerana kecewa keluarganya difitnah. Makam peringatannya terletak disuatu tempat ditepian Sungai Perak antara Teluk Intan dengan Kampung Gajah.

Setelah Tok Teja dilantik dengan satu upacara adat istiadat di Indra Sakti, dihilir Perak, Tok Teja mudiklah ke Kuala Teja membuka kampung disitu dan disiapkan Istananya sekali dan lengkap dengan masjid dan balainya sekali. Ini kerana Tok Teja juga dari golongan Keturunan Bangsa Raja.
TAPAK ISTANA TEJA

Penunggu Kuala tersebut terkenal sebagai Jin Kuala Teja dan dengan jinjang Tok Perak dikatakan telah berbaik mesra. Jinjang itu adalah kadam kepada Tok Teja. Pada zaman tersebut, Kuala Teja adalah tempat berlabohnya Jong dan Tongkang yang mudik ke kuala tersebut.

Mengikut cerita Tok Teja dan sahabatnya iaitu Dato Panglima Kampar iaitu Dato Haji Mohd Yusof pernah bersama-sama membantu mencari hasil bijih timah yang banyak bagi membantu Raja Alang Iskandar membantu saudara tuanya iaitu Raja Jaafar yang sedang berbalahan dengan Sultan Perak yang ke-21 dan Sultan Perak yang ke-22. Perbalahan berlaku pada tahun 1830 dan berlanjutan sehingga memaksa Sultan Abdullah Muhammad melarikan diri dan mendapatkan perlindungan dari Dato’ Laksamana Durian Sebatang (sekarang Teluk Intan).

Menurut beberapa sumber cerita orang-orang lama, jawatan Dato’ Panglima Teja juga pernah diperebutkan sama sepertinya jawatan Dato’ Panglima Kinta . Dato’ Laksamana Hussien seorang hartawan di Ipoh. Beliau dikatakan menduduki jawatan tersebut. Dicerita serta disaksikan oleh orang didalam upacara adat bergelar diubah ke Kuala Kangsar dan didalam upacara tersebut Nafiri tidak mahu langsung berbunyi. Namun tetap juga ingin menyandang. Tidak lama menyandang dikatakan sakit membawa kemati. Setelah dari itu gelaran Dato’ Panglima Teja dilenyapkan dan tidak balik kepada waris.

Di akhir kata, adakala penerangan oleh ahli-ahli sejarah kolonial boleh membangkitkan perbalahan diantara kaum kerabat dan jika tidak diawasi boleh memberi peluang mengadu dombakan diatas ketidakpuasan hati yang boleh membawa darurat.

Maka disinilah peranan Orang-Orang Besar Perak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing  dan bukan hanya sekadar hanya pandai berbesar-besar akan gelaran pakainya sahaja.



Disebut  orang   siku  bersimpai
Bagai  anak   makan  bersuap
Berdekat  barang   tidak  tercapai
Dah  makan  enak    terkuap – kuap

Selangkah  beranjak   mula  begerak
Sudah  berganjak   lalu  bertindak
Bertuah  kelak   nan  giat  begalak
Tidak  menolak   beban  di  pundak

Bersua  baji   dengan  matan
Tahan  baji   oleh  keldai
Sama  bertaji  ayam  jantan
Tahan  teruji   nan  bijak  pandai

Apa  dicungkil   tidak  terumpil ?
Jahil  membuat   salahkan  alat
Takkan  berhasil   kerja  mustahil
Memakai  dakwat   membuat  coklat

Umpama  ikan   terkena  tuba
Tak daya  badan   hendak  mencuba
Modal  habisan   tidak  berlaba
Datang  tuntutan   berhutang  serba


-tokchangkatlanggor-