Sejarah Acheh Berkuasa Di Perak



Sejarah Acheh Berkuasa Di Perak

Pada awal kurun ke-15, Empayar Kerajaan Melaka direkodkan sebagai penakluk dan perdagangan yang tersebar luas diseluruh benua. Namun pada kurun ke 16, sebuah kerajaan yang agung ini roboh dengan serangan besar-besaran dari kuasa barat. Pemerintahnya pula terpaksa berundur dan sentiasa mencuba membalas serangan demi serangan, sesungguhnya segala recana itu datangnya dari Maha Pencipta, Sang Raja bekas pemilik Kota Melaka terpaksa berputih mata sehingga ke akhir hidupnya tiada baginda beroleh Negerinya kembali.

Didalam kejayaan Orang Barat menakluk Kota Melaka, Ada sebuah kota yang tidak kurang hebatnya seperti Kota Melaka yang terletak dihujung Pulau Sumatera yang digelar orang Kota Serambi Mekah. Barangkali mereka terlepas pandang ketika itu, mungkin kegairahan dan kegembiraan orang-orang barat menakluk Kota Melaka masih menyelubungi mereka.

Sultan Ali Mughayat Syah adalah pemerintah Kota Serambi Mekah iaitu Acheh diwaktu itu. Dihayatkan, Baginda seorang yang sangat bijak mentadbir kerajaannya dan diatas kebijaksanaan baginda itulah menjadikan Kota Pemerintahan baginda kian maju sepertinya Kota Melaka. Setelah 24 tahun berlalu iaitu pada tahun 1564, segala kekuatan angkatan perang dan bala tentera di kerahkan menlanggar Johor iaitu ketika Sultan Alauddin Shah menjadi pemerintahnya. Kerajaan Johor kalah dengan mudah dan Raja nya ditawan dan dibawa ke Acheh dan selepas Johor kalah berperang dengan Acheh, Perak pula menjadi sasarannya. Mungkin kerana membalas luka yang tidak pernah sembuh diatas kenangan silam dimana Pemerintah Negeri tersebut pernah membantu Aru mengusir Acheh pada tahun 1540.

1573 detik waktu giliran Perak pula dilanggar oleh Acheh. Begitu jualah nasibnya Perak sepertinnya Johor. Diatas kekalahan tersebut seisi keluarga kerabat Sultan Mansur I (Sultan Ahmad Mansur Shah-catatan sesetengah penulisan di acheh) yang mana ketika itu menjadi pemerintah di Perak dibawa ke Acheh sekaliannya. Didalam erti kata sebenar, pada tahun yang sama jua lah bermulanya era Negeri Perak itu juga Negeri Acheh. Namun setelah tidak beberapa lama Sultan Perak itu dihantar pulang untuk menyusun kerajaan kembali.

Pada tahun 1577, Raja Alauddin Mansur Shah menantu Sultan Acheh dan Putera kepada Sultan Perak yang kedua ditabalkan menjadi Sultan Acheh, dan oleh kerana rindukan ayahnda baginda yang berada di Perak ketika itu membuatkan baginda mengarahkan beberapa Panglimanya yang terhandal didalam Kota Acheh menjemput Ayahnda di Perak dibawa pulang dengan selamat. Didalam rombongan Panglima Acheh ke Perak itu disertakan sekali Adinda Baginda yang bernama Raja Ahmad bagi mengantikan Ayahndanya memerintah didalam Negeri kelahiran mereka. Dikhabarkan, ketika bermula zaman Sultan Acheh itu dari keturunan Sultan Perak ini memerintah Acheh, Negeri Perak seolah-seolah tiada pengaruh Acheh ketika itu sehingga lahirnya seorang Pemerintah Acheh yang Agung iaitu Iskandar Mahkota Alam setelah 34 tahun dari kemangkatan Sultan Alauddin Mansur Shah.

Pada tahun 1619, Baginda datang semula ke Perak dengan hajat membawa seluruh kaum kerabat Sultan Mukkadam Shah ke Acheh kerana berkemungkinan baginda khuatiri bahawa pertunangan diantara Raja Mansur putera kepada Raja Kechil Lasa dengan Puteri kepada Sultan Mukkadam membawa kepada kenaikan tahta kerajaan Perak. Raja Mansur sempat melarikan diri ke Johor dan Sultan Mukkadam Shah berserta anak dan isterinya dibawa pulang ke Acheh. Setelah tentera Acheh keluar membawa pulang rombongan kaum kerabat Sultan Perak itu, maka berhimpunlah Orang-Orang Besar Perak yang menentang Iskandar Mahkota Alam berpakat membawa pulang Sultan Mansur II untuk dirajakan di Perak tanpa pengetahuan Sultan Iskandar Mahkota Alam. Akhirnya Sultan Mansur Shah II dirajakan didalam Negeri Perak. Walau bagaimanapun berita tentang kenaikan Sultan Mansur Shah II itu dapat didengar oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam dan Baginda sangat murka namun Acheh tidak terburu-buru kembali ke Perak kerana diwaktu itu Acheh sedang giat berperang dengan Portugis kerana Acheh menganggap Portugis yang berpengkalan di Melaka boleh menggugat Acheh.

Pada 1627, Angkatan rombongan dari Mahkota Alam datang ke Perak bagi menurunkan tahta Sultan Mansur Shah II, kedatangan rombongan dari Acheh ini tidak ditentang oleh Perak dan dibawa sekali seorang anak Raja bersama iaitu adinda bongsu kepada Sultan Mukkadam Shah, digelar orang Raja Bongsu yang dibawa bersama-sama ke Acheh pada tahun 1619. Nama sebenar Raja Bongsu adalah Raja Yusof maka di Rajakan lah didalam Negeri itu dengan gelaran Sultan Mahmud Shah I

Sultan Mukkadam Shah dan Sultan Mahmud Shah I berbondakan puteri kepada Al-Marhum Sultan Mansur Shah I iaitu Sultan Perak kedua. Ayahnda Baginda berdua seorang Raja Acheh yang berketurunan Bugis iaitu Sultan Zain Al-Abidin (1576-1577). Secara tidak langsung Raja yang sudah terdidik di Acheh tetaplah membawa gaya dasar-dasar pemerintahan yang dipengaruhi oleh Acheh.

Sultan Mahmud Shah I mangkat pada tahun 1630, diganti pula oleh Raja Kobat iaitu puteranya digelar diatas tahta Sultan Sallehuddin Shah menjadi Sultan Perak Yang Ke 9. Tiadalah lama memerintah diserang pula satu panyakit yang berjangkit pula kepada rakyat jelata. Ramai yang korban akibatnya, maka diusulkan oleh Orang-Orang Besarnya agar berundur ke Kampar Sumatera. Tidaklah lama selepasnya itu mangkatlah Sultan Sallehuddin disana.

Lewat setahunnya pula, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang masyhur itu pula mangkat pula di Kota Acheh, dan menantunya yang bernama Raja Munghal putera kepada Raja Ahmad yang menjadi Sultan di Pahang itu pula menggantikan tempat Al-Marhum Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Nama gelaran Raja Munghal diatas tahta ialah Sultan Iskandar Thani dan nama sebenar baginda adalah Raja Hussien. Baginda adalah cucu kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassan (rujukan ;  bahan dewan pustaka brunei yang salin kembali oleh N.A Halim) dan putera kepada Raja Ahmad II (Pahang).

Ketika dizaman Sultan Iskandar Thani inilah dikatakan penaklukkan Aceh ke atas Negeri Perak beransur-ansur hilang. Keadaan ini dapat dilihat apabila Sultan Iskandar Thani merajakan seorang anak Raja beribukan seorang Puteri Raja Asif yang bernama Puteri Munang atau Putri Bongsu Chandra Devi Raja Dungu, berdasarkan yang telah diriwayatkan oleh Tun Sri Lanang bahawa Baginda berdua hubungkaitnya.

Petikkan bahan dari dewan pustaka Brunei

Dan lebih kurang pada tahun 1700, ketika didalam pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Shah, boleh dikatakan kekuasaan Acheh keatas Perak lenyap begitu sahaja, besar kemungkinan salah satu faktor penyebabnya, Raja Perak yang diangkat oleh Sultan Iskandar Thani itu mempunyai pertalian yang rapat dengannya.

Catatan Tambahan :
Sesungguhnya disebut orang didalam riwayat Sultan Iskandar Mahkota Alam mempercayai bahawa Orang Acheh itu juga berasal dari Tanah Melayu dikenali sebagai “Orang Gunung (Mante)” (rujukan dari : Susunan Pemerintahan Aceh). Setelah taklukkan Acheh mula menguasi bumi Perak kembali, Sultan Iskandar Mahkota Alam dikatakan membuat beberapa aturan adat kewilayahan (rujukan dari ; kitab makuta alam)


Penulisan Asal Oleh : Abdul Halim Nasir


Limong limong kapai jitamong
Dua go limong kapai jibungka
Nyo hantrok lon chot ngon reunong
Nyan bungong lon pupo geulawa


-tokchangkatlanggor-