Orang Kaya-Kaya Uda Bidin Pembangun Sumber Ekonomi Dan Pembagunan Negeri Perak

Kota Pengkalan Pegoh


Selain dari jasa Datuk Panglima Kinta Kulup Usop yang dilantik oleh Inggris didalam membangunkan Negeri Perak dengan menjual lot-lot tanah yang dikatakan milik beliau kepada pendatang ketika itu, Dato' Panglima Kinta Uda Bidin juga adalah salah satu Keturunan Bangsa Raja yang mendirikan kota di Pengkalan Pegoh dimana lebih awal menyumbang sumber ekonomi dan pembangunan Negeri Perak, cuma beliau tidak begitu di "Highlight kan". Beliau juga merupakan penyokong kuat Sultan Ismail dan orang yang diamanahkan menjaga alat-alat kebesaran Raja Negeri Perak.

Kotanya di Pengkalan Pegoh dibina dengan memotong liku Sungai Kinta dan mewujudkan sebuah pulau dan dibina rumah-rumah di atas pulau tersebut. Liku-liku air sungai tersebut datangnya dari Empangan yang dibina oleh anaknda beliau iaitu Toh Muda Wahab. Empangan tersebut dibina bagi bertujuan menampung keperluan air keatas kerja-kerja sawah padi yang diusahakan oleh mereka diketika itu. Dan empangan serta liku-liku sungai yang dikatakan itu masih wujud lagi hingga kehari ini dan diceritakan juga diantara liku-liku sungai tersebut dengan sungai kinta inilah terletaknya juga Kampung Changkat Piatu

"PEGOH" merupakan bahasa Perak yang menggambarkan sesuatu yang pegun dan teguh.

Dato' Panglima Kinta Uda Bidin juga orang kanan dan penyokong kuat kepada Raja Ismail dan dikatakan Raja Ismail pernah lari bersembunyi dan memasang strategi di Pengkalan Pegoh apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di mana British memilih untuk mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan yang sah untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Dikatakan juga semasa Raja Ismail berkuasa, baginda memansuhkan hak Raja Bendahara memungut cukai dan percukaian di Kuala Kinta dimansuhkan. Mungkin kerana Datuk Panglima Kinta Uda Bidin ini bukan saja sekadar Orang kanan kepada baginda tetapi dikatakan juga ada hubungkait pertalian persaudaraan dari sebelah bondanya dan juga "LAND LORD" keatas Kuala Kinta tersebut. Namun ini mendatangkan ketidak puas hati terhadap puak British dan beberapa kerabat diraja mahupun segelintir pembesar perak. Maka campurtangan British telah berlaku, hak tersebut dikembalikan tetapi Raja Ismail enggan menggunakan Sungai Kinta lalu membina laluan gajah dari Papan ke Belanja setelah ia mendapati laluan tersebut lebih mudah.

Dari Belanja, hasil bijih timahnya diangkut ke Beruas dan melalui Beruas, lebih mudah untuk hasil timahnya dibawa ke laut untuk dieksport keluar. Sultan Ismail kemudian tinggal di Belanja sementara kaum keluarga dan sanak saudara baginda masih mendiami Pengkalan Pegoh dan Sungai Raia iaitu Kampung Kepayang yang asal.

Rombongan Birch ke Pengkalan Pegoh bersama ditemani oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I ketika itu baginda adalah calon menjadi raja bedenhara dan demi menjamin keselamatan Birch kerana Dato' Panglima Kinta Uda bidin juga digelar Kanda Deris atau Kanda Idris(yang membawa maksud " Kekanda Kepada Idris") kerana perhubungan mereka berdua begitu baik ketika itu. 




Dalam bulan Mei 1875, Birch bersama rombongannya pergi ke Pengkalan Pegoh mengadap Dato' Panglima Kinta Uda Bidin untuk memujuk Raja Ismail tetapi baginda menolak pelawaan British itu. Namun Dato' Panglima Kinta Uda Bidin tetap melayan Birch sebagai tetamu beliau. Birch menyifatkan Dato' Panglima Kinta Uda Bidin sebagai seorang yang lembut budi bicara walaupun kelihatan beliau tidak senang untuk berurusan dengan orang Eropah.

Menurut Birch, Dato' Panglima Kinta Uda Bidin mendakwa dia amat mengenali Sultan Abdullah pertama yang memerintah dari tahun 1851 hingga 1857. Dato' Uda Bidin juga menjemput Birch untuk datang lagi pada bulan berikutnya untuk dibawa berjalan melawat sempadan-sempadan tanah miliknya dengan menaiki gajah ke kawasan pendalaman melalui Pengkalan Pegoh hingga ke Pelus dan sempadan Patani.

Birch mencerap persekitaran Pengkalan Pegoh dan mencatat aktiviti kumpulan di situ. Dan Birch dapati Dato' Panglima Kinta Uda Bidin memiliki banyak sawah-sawah padi, lombong-lombong dan tanaman-tanaman tebu. Dato' Panglima Kinta Uda Bidin juga memiliki gajah-gajah yang disewakan untuk mengangkut hasil bijih timah di Gopeng dan Sungai Raia dengan kadar $2 bagi 100 gantang dan $2.50 bagi 4 pikul.



-tokchangkatlanggor-