Makam Dan Masjid Milik Bangsa Raja Ngah Abdul Wahab

MASJID DATO'PANGLIMA KINTA
NGAH ABDUL WAHAB


Masjid dan Makam Perkuburan Bangsa Di Raja ini adalah yang tertua di Kinta Perak. Ia dibina oleh Dato' Panglima Uda Bidin sendiri tanpa
bantuan dana dari mana-mana pihak, tidak seperti masjid-masjid panglima kinta yang lain dibantu melalui pembiayaan dari dana-dana Inggeris dan sebagainya.

Maka itu pada hari ini kita dapat melihat sesetengah Masjid Panglima Kinta yang bukan dari keturunan Bangsa Di Raja terpaksa menjalankan tradisi aktiviti perniagaan dikawasan Masjid milik Waris dengan membina homestay, Gerai Makanan Dan Kutipan Dana bagi pelawat pelancong dalam dan luar negara ke atas Masjid milik waris bersejarah itu dari Membina Rumah Anak Yatim atau Madrasah Kuliah Agama ataupun dijadikan tempat Ulama-Ulama bebas berceramah dikawasan Masjid tersebut.

Masjid dan Makam Perkuburan Dato'Panglima Kinta Ngah Abdul Wahab
dibina didalam sekitar tahun 1821. Masjid ini diberi nama sempena nama anaknda baginda, iaitu Toh Muda Wahab.

Dato' Panglima Uda Bidin dikatakan telah meletak jawatan sebagai pembesar Negeri Perak pada tahun 1884 dan berpindah ke Tanah Abang iaitu Teluk Bakong selepas kejatuhan Raja Ismail. Diceritakan Baginda telah mangkat pada tahun 1886 dan dikatakan makam sebenar baginda terletak berdekatan Beting Beras Basah. Namun ia masih didalam siasatan waris keluarga baginda akan kesahihannya. Pusara Makam peringatan baginda disemadikan di tanah perkuburan Masjid tersebut dan batu nisan baginda ditanam sendiri oleh Sultan Idris Murshidul 'Aadzam Syah, Sultan Perak ketika itu. Bukti fakta ini terlihat jelas diatas penulisan keatas batu nesan baginda.

Lain pula al-kisahnya yang terjadi kepada Putera Baginda yaitu Dato' Panglima Ngah Abdul Wahab juga telah terpaksa melepaskan jawatan pembesar pada tahun 1905 akibat pengkhianatan beberapa pembesar-pembesar Negeri Perak dan bekas isteri kedua keatas kekayaan beliau ketika itu. Baginda membawa haluan sendiri dan dikatakan ghaib di Gunung Jerai Kedah dan ada sesetengah cerita menyatakan baginda telah ke Johor dan menetap disana. Pusara Makam peringatan baginda juga dimakam kan di tanah perkuburan Masjid tersebut dan Batu Nisan Baginda ditanam sendiri oleh putera baginda iaitu Wak Malaya pendakwah Tanah Melaya.

Makam Peringatan ini kedudukannya lebih tinggi lebih kurang 5 kaki dari permukaan tanah yang rata. Ini sudah membuktikan perkarangn makam ini ditambak khas bagi dijadikan makam peringatan kepada penyambung waris-waris baginda.

Masjid Wakaf Persendirian ini juga telah diambil alih sepenuhnya oleh Perwaris Sah pada penghujung tahun 2015. Dan masih didalam perbincangan waris-waris yang terlibat merancang membaik pulih dan mengekalkan serta menambah seni warisan binaan masjid tersebut pada pertengahan tahun 2017 yang dianggarkan menelan belanja sebanyak 1.5 juta ringgit melalui dana waris-waris yang terlibat. Sebahagian tanah tersebut juga akan didirikan rumah anak-anak yatim. Semoga Allah mempermudahkan urusan waris-waris tersebut didalam usaha-usaha mengzahirkan kebesaran Allah s.w.t.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh nenda uda bidin serta nenda ngah abdul wahab dan tempatkan disisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....


-tokchangkatlanggor-