ORANG
cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik
manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah
adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk menongkah masa depan. Namun
bagaimana pula bagi sesetengah ORANG CERDIK PANDAI didalam perihal SEJARAH yang
tidak pernah pula CELIK MATA dan membiarkan sejarah yang direka khas bagi
satu-satu kepentingan dijadikan hidangan akal generasi ke generasi hingga
kehari ini.
Apa yang lebih menyedihkan dan memalukan sehingga terlahirnya ORANG
CERDIK PANDAI dari hasil ilmuan yang disantapkan terdahulu bagi meneruskan menu
masakan dari guru-guru terdahulu dicampur sedikit dengan rempahan imiginasi yang
terhasil dari dalam diri setiap orang cerdik dan dijadikan hidangan pula buat
anak didik mereka pada hari ini.
Bayangkan
oleh kita semua, apakah bakal berlaku pada 100 tahun akan datang?, yang PASTI
terlahirlah golongan ORANG BODOH MEMANDAI yakni membawa maksud orang
bodoh yang pandai bercakap tetapi bodoh di akal.
Bayangkan
oleh kita semua, bahawa pada suatu masa nanti kita akan mempunyai seorang
MENTERI PELAJARAN yang bodoh hanya pandai berkata didalam pencaturan
pentadbiran justeru menghasilkan seorang GURU SEJARAH yang bodoh yang pandai menyusun
kata bagi kefahaman didalam pembelajaran bagi anak-anak MURID dan bakal menjadi
bodoh cuma hanya pandai membaca sejarah dan kelak apabila mereka meningkat
dewasa mereka bakal menajdi RAKYAT-RAKYAT yang bodoh, cuma hanya pandai-pandai
bercerita akan sejarah asal usulnya.
Bayangkan
jika kitaran ini berlaku beratus-ratus tahun tanpa ada sedikit kesedaran dan
perubahan yang seharusnya dilakukkan bukan sekadar hanya dikatakan atau
dituliskan buat anak cucu cicit kita maka jangan hairanlah disuatu masa nanti
mereka ini tergolong seperti yang dinyatakan diatas.
SEJARAH
PERAK wajib diteliti semula secara lebih mendalam kerana ia sangat penting bagi
kita dan generasi muda kita hari ini untuk meneruskan warisan nenek moyang kita
terdahulu lebih terpelihara agar dapat dimanfaatkan bersama dengan kaedah cara
yang lebih benar. Memang tidak dapat dinafikan, penulisan didalam teks-teks
sejarah yang ditulis dan dirakamkan oleh tangan-tangan luar pada hari ini tentang warisan dan sejarah nenek moyang kita
lebih diakui dan dijadikan fakta juga diterima dunia namun tidakkan sama
sepertinya kita menceritakan akan perihal warisan dan sejarah nenek moyang kita
sendiri. Memang benar kata orang, kata kita tentang kita tidak diterima pakai
oleh dunia bahkan terkadang ada diantara
kita juga menolaknya namun jika kita semua bersatu kata, dunia pun tidakkan
berkata.
APABILA
menyebut sejarah Negeri Perak, sejarah Durbar yang pertama dikatakan telah
berlangsung di Negeri Perak iaitu salah satu sebuah lakaran sejarah penting yang
berlaku dan tidak akan mungkin lekang dek waktu dan pengetahuan khususnya bagi
rakyat serta anak kelahiran Negeri Perak itu sendiri. Satu sejarah yang agak
boleh dibanggakan juga sehingga hingga kehari ini kerana perihal sejarah
tersebut masih diguna pakai didalam institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negeri bagi bidang-bidang tertentu sebagai satu kajian dan fakta satu-satu
pembelajaran serta ilmuan kepada sarjana-sarjana muda hari ini.
Sedikit
sinopsis dari kejadian lakaran sejarah tersebut melalui sumber Arkib Negara
Malaysia ;
Durbar yang pertama berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh sultan Idris Murshidul’adzam shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri Sembilan. Manakala pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu), Frank Swettenhem (Residen Janeral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Cilfford (Residen British Di Pahang), J.P Rodger (Residen British Di Selangor) dan W.H Treacher (Residen British Di Perak), Negeri Sembilan tidak mempunyai wakil dari pihak British kerana Residen ketika itu. Martin Lister meninggal dunia pada bulan febuari 1897. Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan dalam Durba pertama itu melibatkan hal agama islam , adat istiadat dan hal-hal lain yang berkaitan dengan Orang Melayu, namun ianya titik tolak dan asas bermulanya persidangan Majlis Raja-Raja. Untuk makluman, gambar Sultan-Sultan, Pembesar-pembesar Negeri dan Pegawai-pegawai British yang menghadiri Durba yang pertama serta minit mesyuarat Durba Pertam disimpan sebagai khazanah eksklusif negara dan terbuka untuk rujukan semua di Arkib Negara Malaysia. – (Arkib Negara Malaysia)
Foto
Persidangan Durbar pertama sebagai tatapan generasi hari ini sebagai bukti dan
fakta kejadian
Begitulah
serba sedikit dan sebahagian maklumat sejarah yang pernah berlaku di dalam Negeri
Perak yang diketahui umum. Dari manakah sumber-sumber foto dan maklumat sejarah
ini diperolehi sebenarnya?, sudah tentu sebahagian besarnya dikaji dan
diselidik dari hasil tangan-tangan orang luar yang mencipta atau melakarkan
maklumat yang dicetak kedalam buku
disebarkan dan terdapat didalam tanah air kita sendiri dan diluar negara kita.
ADAKAH
maklumat yang dibekalkan dan dihasilkan kepada kita hari ini boleh dijadikan
satu fakta yang sahih ?. YA, adalah jawapan bagi peminat-peminat, pengamal-pengamal
dan penuntut-penuntut ilmu sejarah hari ini yang lebih pentingkan bukti
berdasar penulisan dan gambar-gambar kejadian sejarah yang berlaku tika dan
waktu itu. Inilah pegangan dan perinsip anak-anak bangsa yang terlahir selepas
kemerdekaan hingga membawa kepada perubahan dari masa ke semasa didalam segi hal-hal
yang membawa kepercayaan kepada adat dan cerita warisan yang dizahirkan oleh
orang lama kita tentang siapa kita ditanah air kita kurang menarik minat untuk
dijadikan fakta didalam sejarah negeri dan tanah air kita. Malah pada hari ini
sebahagian besarnya orang lama kini sudah berkurangan untuk dijadikan tempat
rujukan bagi segelintir peminat, pengamal serta penuntut ilmuan sejarah
berteraskan adat melayu yang tak lekang dek zaman. Sebenarnya ia adalah satu
kerugian besar buat kita semua dimana khazanah-khazanah yang mereka lakarkan terdahulu
tidak diambil peduli dan kebanyakkannya ia tidak disimpan oleh kita sendiri
maka dari itu hasil-hasil tangan luar inilah menjadi nilai yang lebih berharga
bagi peminat, pengamal dan penuntut ilmuan sejarah hari ini.
Maka
tidak hairanlah jika pengamal dan penuntut ilmuan sejarah generasi hari ini
lebih berkecenderungan diatas kenyataaan yang dihasilkan oleh tangan luar ini
sebagai satu perkara yang lebih logik dan beranggapan kononnya lebih berdasarkan
kemajuan didalam hasil penulisan dan pembuktian mereka.
NAMUN
tiada pembohongan yang pernah sempurna kejadiannya. Lihat foto dibawah
berhubungkait sejarah Durba yang pertama yang menjadi lakaran sejarah penting
didalam Negeri Perak ;
TERANG
LAGI BERSULUH, jika dari foto yang menjadikan bukti kejadian yang bersejarah
ini boleh diubah suai secukup rasa, apatah lagi dengan pena yang menulis
menurut kata. Justeru itu memang benar bagai dikata mereka ini “ADVANCE” tetapi
dalam bidang berbohong demi kepentingan mereka.
APAKAH
KITA SUDAH TERLAMBAT ?. Jawapannya, masih boleh diperbaiki melalui data-data
maklumat yang dihasilkan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi yang mana ia masih ada dan selamat didalam simpanan kita pada hari ini. Data-data maklumat yang dimaksudkan berunsur syair, gurindam dan pantun yang pernah mereka lakarkan didalam buku hikayat dahulu kala.
maklumat yang dihasilkan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi yang mana ia masih ada dan selamat didalam simpanan kita pada hari ini. Data-data maklumat yang dimaksudkan berunsur syair, gurindam dan pantun yang pernah mereka lakarkan didalam buku hikayat dahulu kala.
Maju kan nenek moyang kita?...........
Bila
dikaji ilmunya dapat
Bila
dipakai hidupnya selamat
Bila
diikut tiada sesat
Bila
diturut banyaklah berkat
Bila
diamal hidup mufakat
Bila
ditaat sengketa tak dekat
Bila
difaham hidup bersifat
Bila
disimak sentosa umat
Yang
merumput kan memagar
Yang
tertanam yang menumbangkan
Yang
menjemput kan mengantar
Yang
meminjam yang memulangkan
Kalau
busut cari bangkalnya
Bila
buluh cari bukunya
Kalau
kusut cari pangkalnya
Bila
keruh cari hulunya
-tokchangkatlanggor-