Dari Sungai Ular Ke Sungai Terap





Batu Gajah sebenarnya bermula dari sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang telah dibangunkan oleh seorang penghulu Tok Panjang Bongkok. Pada asalnya, kawasan petempatan utama buat mereka yang tinggal di dalam kawasan Batu Gajah dicatatkan bermula di sebuah kampung yang dikenali dengan nama sebagai Kampung Sungai Terap.

Mengikut penduduk setempat, Kampung Sungai Terap ini telah diasaskan oleh Tok Panjang Bongkok dan sekitar tahun 1825 pembinaan Masjid Jamek yang tertua dan terbesar di bina didalam kawasan Batu Gajah hasil sumbangan Dato Panglima Kinta serta orang ramai. Ia diusahakan serta didirikan kan oleh Tok Panjang Bongkok serta ahli keluarga secara gotong royong dan ini membuatkan kampung tersebut adalah merupakan kampung yang pertama di kawasan Batu Gajah yang punyai Masjid Utama.

Tok Panjang Bongkok adalah anakanda kepada Toh Sahid/Said dimana nenenda beliau adalah puteri kepada Dato Sedewa Raja Domba Uda Bidin yang juga dikenali sebagai Dato Panglima Kinta ketika itu. (Tuan Tanah Kinta)‘Catatan Birch : Uda Bidin juga menjemput Birch untuk datang lagi pada bulan berikutnya untuk dibawa berjalan menaiki gajah ke kawasan pendalaman melalui Pengkalan Pegoh hingga ke Pelus dan sempadan Patani.’

Oleh kerana Kampung Sungai Terap ini adalah kampung yang pertama punyai masjid di kawasan mukim Batu Gajah, Kampung Sungai Terap dijadikan sebagai kampung utama dan nama mukim Sungai Terap diambil bersempena dengan nama kampung tersebut.

Selepas Pengkalan Pegoh, hasil bijih timah sebagai ekonomi utama bagi orang-orang melayu kampung sungai terap. Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah wujud sekitar tahun 1870an. Menurut diari J. W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. Beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

‘… at 4.15, we arrived at Batugaja on the left bank, a large and fine village where the soil is very good. There are about 30 or 40 houses, and a large smelting house.’ (1)

Kebanyakan kawasan lombong-lombong bijih timah di mukim sungai terap kepunyaan dan dimiliki oleh Dato’ Panglima Kinta Uda Bidin yang pengurusannya banyak dibantu oleh Ngah Abdul Wahab anakanda beliau dan juga Tok Panjang Bongkok.

Sewaktu negeri Perak berada di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke 19) dari tahun 1806 hingga tahun 1825 dan sebelum campurtangan British kedalam adat Melayu Negeri Perak Bersama sekutu-sekutunya, Dato Panglima Kinta Uda Bidin telah mengurniakan Toh Panjang Bongkok dengan gelaran Toh Sri Amar Diraja (Toh Amar Sri Diraja-selepas British campurtangan) sebagai Orang Besar Jajahan 16 dibawah pentadbiran Tuan Tanah kerana Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap, iaitu didalam Jajahan Kinta

Dengan gelaran yang diterima oleh Toh Panjang Bongkok sebagai Sri Amar Diraja seterusnya memberikan beliau hak untuk memungut cukai di kawasan Sungai Kinta dan didalam kuasa jajahannya.

Namun, selepas pihak British bejaya melacurkan adat melayu Bersama sekutunya, pihak British telah menjadikan pembesar Melayu sebagi kakitangannya. Dato’ Amar Pandak Akhat telah diberi sagu hati sebanyak $1,050 sebulan. Ini kerana membayar jasa baik beliau dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kaum Cina di Papan. Bagaimanapun, pada akhir hayatnya, beliau hanya menerima pencen sebanyak $500 sebulan. Peranan Toh’ Sri Amar di Raja tidak berguna apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892.
Apakah besarnya dan istimewa gelaran Sri Amar Diraja ini? Sri Amar Diraja merupakan gelaran eksklusif yang telah diberikan keatas keturunan bermula sejak dari zaman hidup Tun Saban lagi oleh keturunan Maharaja Kinta yang bergelar Dato Panglima Kinta sehinggakan dalam kurun ke 19 dan ia kemudian diletakkan sebagai salah satu gelaran dari enam belas pembesar-pembesar negeri Perak.


Selepas Toh Sri Amar Di-Raja Panjang Bongkok meninggal dunia, Toh Amar Diraja Pandak Akal kemudian menyambung legasi kepimpinan Toh Panjang Bongkok di sana sehinggalah Pandak Akal meninggal dunia dalam tahun 1859.

Kemudian, ianya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam. Serba sedikit tentang hal Batu Gajah sejak zaman pimpinan Toh Amar Diraja Naam ada dicatatkan oleh J.W.W. Birch dalam diarinya.

Pada awal tahun 1900-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

William Kellie Smith berasal dri sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau bekenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak di Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.

Angin barat ombaknya besar,
Mau ke laut berhati-hati;
Ingin selamat banyak belajar,
 Ilmu dituntut bekal dicari.

Bila berburu tidak beranjing,
Tentulah sulit mendapat rusa;
Bila anjing dibayar daging,
Tentulah lena diulit dunia.

Kalau perahu tak berpedoman,
Tidak siang malam kan larat;
Kalau berilmu tidak beriman,
Macam yang ada karam dek darat.

Bila kaki terkena sembilu,
Dibawa menapak tidak menelap;
Kalau bangsa sudah tiada bermalu,
Iman rosak binasa adab.

Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Kalau disana beri di sini curi,
Barulah itu dinama binatang.

Awal pertama orang berbangsa,
Kedua banyak ribu dan laksa;
Ketiga majlis bermanis muka,
Keempat banyak berbudi bahasa.


-TokChangkatLanggor-

#sakakinta #perakbangkit #royalebangkit