Al-Kisah Riwayat Satu Ramadhan



Artinya:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”
(Ali Imran (3): 159).

Dengan Bismillah Aku Mulai
Membuka Syair Ma’rifat Diri
Barang Mengenal Siapakah Diri
Apakah Manusia , Siapakah Allah Dan Nabi

Bismillah Tadi Awal Permulaan
Titik Nun Yang Bernama Insan
Kerana Fitnah, Ku Juang Sendirian
Itulah Permainan Qarin, Iblis Dan Syaitan

Ilmu Syariat Membelah Kata
Yang Satunya Dibelah Dua
Orang Besar Jangan Dipercaya
JiKalau Mereka Merasa Kuasa

Bukan Aku Hina Si Kerajaan Dunia
Kepada Qarinnya Yang Membela
Kerana Tuan Badan Beramal Dunia
Jadilah Aku Mangsa Diatas Rencana

Tuhan Ku Allah Telah Berperi
Setiap Insan Sudah Diberi
Asalkan Aku Sudi Ikhlas Meredhoi
Janji Allah Itu Pasti

Cerita Ini Bukan Tajuk Utama
Keredhoan Ku Sudahlah Lama
Sekadar Punca Riwayat Terjadi Cerita
Satu Ramadhan Dihari Yang Mulia

Wahai Saudara Handai Dan Taulan
Riwayat Ini Bukan Ku Rekakan
Tanda Bersyukur Kepada Tuhan
Kebesaran NYA, Niat Daku Sebarkan

Sebermula Subuh Satu Ramadhan
Sesudah Bersahur Solat Dikerjakan
Kerana Allah Tirai Riwayat Dibuka Jadi Sajian
Akan Sebuah Kebesaran Daku Persembahkan


Al-Kisah pagi 3 hb Ramadhan 1439, Di sebuah perhentian (RNR) susur keluar IPOH (Selatan).


0400 am
Bersahur seisi keluarga, sambal melihat gelagat karenah anak-anak bersama ibu-ibu mereka, penuh sabar melayani kehendak anak-anak itu. Dihati kecil ku bekata; “Ya ALLAH Ya Tuhan Ku, Kesyukuran Ku Panjatkan Tiada Terhingga Di Atas Segala Anugerah Yang Telah KAU Lempahkan Terhadap Hamba Mu Ini, Alhamdulillah”

0600 am
Sesudah menunaikan segala perkara-perkara yang wajib bagi kehendak Tuhan Ku, Aku menyiapkan diri keatas keberangkatan Ku bersama ditemani oleh Cahaya Hati Ku (isteri) ke…..


Dan kali ini Permata Hatiku (isteri) tidak mengikut bersama seperti selalunya;
Permata Hati : Wahai suami ku, ampunkanlah aku kerana tidak menemani mu bersama kali ini kerana khuatir persiapan berbuka nanti tiada terurus oleh anak-anak kita semua sekiranya daku dan cahayahatimu ikut bersama. Biar daku kendung tugas kali ini menyempurnakan segala buat anak-anak kita dan adinda ku diwaktu berbuka puasa nanti.
Aku : Bukan sekadar ampun malah syurgalah tempat mu nanti wahai Permata Hati Ku, ketaatan mu kesenangan ku nanti.
Begitulah pengorbanan dan sifat-sifat dari isteri-isteriku yang gigih mengharungi bersama dan teguh berusaha hampir selama 3 tahun membantu aku didalam rentak serta liku-liku perjuang mengadili diri ku dengan berprinsipkan dan bersandarkan kepercayaan kepada perkara Rukun Negara Yang Ketiga – Kedaulatan Undang-Undang yang kebarangkaliannya dapat membela nasib Ku seadil-adilnya dengan izin ALLAH dari dakwaan fitnah yang dihasil kan melalui dengan mengunakan sekaligus mencemarkan perkara ke tiga (Keluhuran Perlembagaan) oleh nafsu nafsi mereka yang berkepentingan.

0715 am
Keberangkatan bersama isteri dari kediaman menuju ke destinasi.


0803 am
Tiba di lokasi tol susur keluar IPOH Selatan dan disini lah mulanya riwayat cerita rahsia kebesaran Allah datang tanpa Aku duga sebelum Aku disedarkan. Subahanallah….


Sesampai dipakir meletak kenderaan,
Aku : Aku ingin menukar pakaian terlebih dahulu dan membasuh muka sebelum meneruskan perjalanan kita ini. Apakah dikau ingin turut serta wahai isteri Ku ?
Cahaya Hati : Tidak, daku menanti didalam kereta sahaja dan jangan dikau bersiap terlalu lama kerana sekarang sudah jam 8 suku, dikau wajib berada disana jam 9 wahai suami ku.

Aku : Benar tu, terima kasih mengingatkan Aku. Daku sebentar sahaja.

0835 am
Sedang Aku keluar dari tempat persalinan menuju ke kenderaan yang Aku pandu, tiba-tiba ekor mata Ku terperasan kearah seseorang yang sedang mundar mandir disetiap kenderaan yang berada disitu dan seolah-olah sedang mencari atau ingin meminta sesuatu kepada setiap orang yang berada didalam kenderaan tersebut.
Gelagatnya menarik perhatian Ku. Tiada juga Aku melihat dia meminta sesuatu kepada mereka yang berada disitu sehinggalah ia datang kepada Ku. Namun dia hanya berlegar sebanyak dua kali dihadapan kenderaan Ku tanpa ia menyapa atau bertanya kepada Ku yang sedang berada dibahagian belakang kenderaan (sambil memasukkan barang)
Barangkali dia takut datang kepada Ku, mungkin dia berasa Aku juga tidak akan melayaninya, mungkin menempiknya atau menghalaunya sepertinya sifat-sifat mereka yang berada disitu pada pagi itu apabila ia mendekati mereka. Barangkali kerana rupa pakainya dan keadaan dirinya itu hampir sama seperti seorang peminta sedekah, mungkin oleh itu mungkin mereka bersikap sedemikian (begitulah kebiasaannya fitrah manusia masa kini).
Sudah menjadi sifat kebiasaan diri Ku yang hanya akan tersenyum melihatnya yang sedang berdiri lebih kurang 5 langkah dari ku yang sedang melihat Aku diam membisu. Didalam hati kecil berkata, “ Biar aku sahaja yang mula berbahasa menyapanya”
Lalu Ku turuti;
Aku : Kenapa awak tengok sama saya?. Apa pasal berdiri banyak jauh? Mari dekat sini. Awak sudah makan pagi ka?
Hamba Allah : Hari ini puasa bukan? (sambil ia melangkah dekat pada ku)
Aku : Betul. Ini hari memang puasa bagi orang islam. Tapi awak bukan orang islam, itu pasal saya tanya awak sudah sarapan atau belum.
Hamba Allah : Encik….., saya mau minta tolong sama encik.
Sedang Aku bercakap dengannya, Aku terdengar bunyi pintu kereta dibuka, sudah pasti sahaja isteriku yang membukanya. Sudah pasti ia ingin menegur Aku supaya jangan melayan orang itu dan lekas menyambung perjalanan ke tempat yang harus dituju tetapi tidak pula isteri Ku menegur apa-apa melainkan berdiam dan melihat saja gelagat aku berbicara bersama orang tersebut.
Aku : Boleh, kalau Aku mampu….tolong apa ?
Hamba Allah : Nama saya Lai Chee Keong, panggil saya Lai sahaja. Saya mari dari Cameron Highland semalam tumpeng sama lori. Bapa halau sama saya.
Aku : Pasal apa bapa halau sama awak? (Aku mencelah)
Lai Chee Keong : Saya suka sama orang melayu. Saya mau masuk islam tapi semua melayu dekat saya punya kampung cakap tak payah masuk nanti saya bapak hantam saya.
Aku : Satu kampung ka kenal awak punya bapak ?
Lai Chee Keong : Saya bapak bikin kebun, sana kebun itu melayu banyak kerja sama bapak.
Encik…..Saya mau pergi ini tempat (sambil ia mengeluarkan secebis kertas yang bertulis tangan. Tulisan tersebut tetera sebuah alamat dan alamat tersebut ialah Masjid Muhammadiah Taman Tasek Jaya)
Aku : (setelah aku baca alamat tersebut). Jadi sekarang awak tiada wang mau pergi sana ke?
Lai Chee Keong : Bukan encik…bukan encik. Saya boleh jalan perlahan-lahan pergi sana. Saya ada takut mahu pergi sebab saya tak pandai cakap itu masuk islam (mengucap). Semalam itu melayu bawa lori saya tumpang ada cakap ini macam. Tak pandai cakap tak boleh masuk islam. Dia ada tulis panggil saya baca ini (sambil ia mengeluarkan sehelai lagi kertas dari beg lusuhnya).
Terkejut pula dan Aku masih ingat dengan jelas apabila melihat didalam kertas itu mengandungi tulisan tangan yang tertulis dua kalimah syahadah dan ayat itu ditulis seperti ini :
“as adu ala haila allah, wa muhamad rasulullah”
Setelah Aku melihat ayat tersebut, terpandang mata kearah jam tangan ku. Didalam hati ku menyebut. “Ya Allah sudah kesuntukan masa”. Lalu kerana Allah jualah diatas jodoh yang ditemukan oleh NYA. Aku mengambil keputusan membantu Lai Chee Keong memudahkan urusan yang meresahkan hatinya. Dengan pantas lalu Ku berkata;
Aku : Hayaa…Tak payah takut lah. Mana ada itu macam cara lah (berdasarkan pengalaman Aku sebanyak 8 kali mengajak sahabat Aku yang bukan islam masuk ke agama islam dipejabat agama)
Ok, sekarang awak duduk bersila , Aku pun sama duduk bersila seperti awak.(sambil menunjukkan cara duduk). Sekarang awak salam sama saya punya tangan ini macam (aku menunjukkan gaya). Nanti awak pergi itu tempat dalam alamat, sana punya orang akan buat ini macam tau. Sekarang awak ikut saya punya sebut tau, bila saya sebut awak ikut betul-betul O.K?
Lai Chee Keong : Baik encik….baik encik (sambil riak wajahnya menampilkan keseronokkan dan keyakinannya)
Lalu Aku sebutkan berserta dengan maksudnya ;

Alhamdulillah, terang juga hati orang ini. Hanya sebanyak tiga kali sahaja dia mengikut sebutan dan maksud, di kali yang ketiga begitu jelas dan tertib sebutannya.
Aku : Kan Aku dah kata tadi sangat mudah. Jadi sekarang bagaimana ? Yakin ? Yakin atau tidak nantinya sampai itu tempat yang awak mahu pergi macam inilah caranya nanti. Faham ? Jadi tidak perlu takut ya.
Saya minta maaf, setakat ini sahaja Aku boleh membantu. Jikalau mahu menghantar awak ke sana, saya tidak dapat bantu kerana Aku sudah terlewat ketempat yang Aku tuju.
Lai Chee Keong : Encik….encik maaf, satu lagi sahaja mau tanya. Encik kasi saya satu nama islam boleh ?. Nanti saya mau pakai
Aku : Ya ka, awak kasi Aku pilih nama ?. Hmmm….Pakai saja nama Muhammad Lai.
Muhammad Lai : Banyak terima kasih encik. Nama saya sangat suka dan banyak-banyak terima kasih.
Isteri menghulurkan kepada Aku sejumlah wang kepada ku untuk diberikan Muhammad Lai sebagai sumbangan ikhlas darinya. Aku beredar dari situ sekitar jam 0905 am. Di waktu tika meneruskan perjalanan ke destinasi yang tuju, tiba-tiba isteri Ku berkata ;
Cahaya Hati : Wahai suami ku, dari rupa mu saja sudah daku gambar cemasnya diri mu dek kerana mengejar keterlewatan waktu yang sudah ditetapkan ini dan seolah dikau tidak dapat merasakan satu keajaiban yang besar dari ALLAH swt telah berlaku keatas diri Mu.
Aku : Keajaiban?. Setiap hari keajaiban dari ALLAH swt itu berlaku (jelas ku bersahaja). Aku hanya membantu memudahkan urusan hatinya yang sedang bercelaru sahaja. Taida yang lebih dari itu.
Cahaya Hati : Tidakkah Kau tahu bahawa daku dapat melihat begitu besarnya kasih dan sayang ALLAH terhadap mu, wahai suami ku. Daku menjadi saksi diatas segala kebesaran NYA yang dilempah keatas diri mu bagi mengzahirkanya diketika dikau telah mengislamkan keatas seorang hamba yang ingin memeluk agama NYA. Tidak kau sedar akan itu wahai suami ku
Aku bagaikan terasa dipanah menusuk terus kedalam jantung ku setelah mendengar pengakuan dari isteri ku. Subahanallah……..Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Habislah Sudah Kisah Riwayat Ini
Membuat Syair Sindiran Wali
Perbaiki Akhlak Budi Pekerti
Pasti Ke Syurga Kitanya Nanti

-tokchangkatlanggor-