Info Kita Ke Sungai Ular






Gelaran Mior/Meor(16)


Gelaran ini dikatakan berasal dari perkataan Arab (1).Amir(65). Timbulnya perkataan Amir juga adalah kehendak orang Arab juga(62), berikutan perkahwinan yang berlaku diantara Sharifah dengan orang yang bukan dari golongan keturunan yang menggunakan gelaran Sayyid(2). Mengikut mereka, gelaran ini adalah lebih baik dari gelaran lain-lain.

Didalam loghat perak perkataan Amir ini dari masa ke semasa bertukar menjadi mior/meor(67). Mengikut mereka gelaran Amir bagi anak laki-laki. Jadi gelaran Mior/Meor adalah satu korupsi daripada perkataan Amir. Di antara banyak gelaran , hanya gelaran Mior/Meor sahaja yang benar-benar berasal dari Negara Perak kerana gelaran itu dicipta oleh keturunan mereka sendiri(68).

Rujukan

(16)Mohd Zulkifli Hj. Abdul Aziz - Gelaran Orang Melayu Perak m/s16
(1)TokChangkatLanggor -“Amir” merujuk kepada maksud dan maknanya adalah “Putera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin”
(2)TokChangkatLanggor - Jelas merujuk kepada makna dan maksud sebenar , gelaran ini hanya dipakai oleh orang melayu yang berbangsa raja sahaja kerana dizaman sebelum penjajahan hanya terdapat 3 golongan bangsa sahaja iaitu Bangsa Raja, Bangsa Bangsawan dan Bangsa Rakyat Sahaja.
(65)Willkinson,op.eit 
(66)YB Raja Razman Bin Raja Hamid.PJK
(67)Willkinson,op.eik
(68) YB Raja Razman Bin Raja Hamid.PJK

………………………………………………………………………………………………………………………………………….................



Renungan

Perkataan As-Sayyid, (jamaknya Saadat atau Asyad), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang bermakna ‘ketua’ atau ‘pemimpin’. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Hassan:

“Sungguhlah bahawa putera ku ini (sambil menunjuk kepada Al- Hassan RA) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”

Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai ‘pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa’ ummati)’ dan cucu baginda, Hussein, sebagai ‘pemimpin kaum belia di Syurga (sayyid syabab ahlal-jannah).’

Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti ‘ketua suku’ (sayyid al qabilah) atau orang bangsawan.

Istilah Syarif, (jamaknya Asyraaf), bererti ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah Sayyid. Gelaran Syarif diguna oleh Bani Hashim ketika permulaan Islam sebagai nama sebutan atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hashim yang memakai gelar Syarif ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.

Di Hijjaz, sebutan Syarif tidak digunakan kecuali untuk para penguasa Mekah dari keturunan Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket Sayyid diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Hussein sementara Syarif dari keturunan Hassan. Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di selatan semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran Habib yang bererti ‘orang yang dikasihi’.

Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan bergelar Sayyid, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor (lelaki) dan Wan (perempuan).

Dari Kepayang pergi ke Pekan
Singgah bermalam di rumah Panglima
Sekalian makhluk Tuhan jadikan
Kaya miskin di pandang sama

Sungai Ular namanya asal
Singgah semalam datang mengaji
Perkara yang buat jangan disesal
Ikutlah untung apa nak jadi

Dari Kinta pergi ke Kuala
Baru mari ke Simpang empat
Ilmunya orang dahulu kala
Payah nak cari beli tak dapat

Tokchangkatlanggor



#MeorMuhammadAlFaradz