Sejarah Gelaran TENGKU Di Pakai Orang Kebanyakkan



Suatu masa dahulu terdapat gelaran “TENGKU” yang biasa diguna pakai oleh keturunan Berbangsa Raja sahaja juga diguna pakai oleh Orang Kebanyakkan didalam Negeri Perak. ‘ORANG KEBANYAKKAN’ yang dimaksudkan ini ialah Orang-Orang Besar Empat dari kalangan Orang Kebanyakkan yang dilantik oleh Sultan atau Raja-Raja Perak pada ketika itu. Pada masa dahulu harus diketahui dianggap bahawa hanya terdapat Tiga Golongan Darjat kedudukan pada waktu itu, iaitu :-
Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
Keturunan Bangsa Raja - Yang membawa maksud keturunan yang berasal dari Pemerintah sesebuah Negara, Wilayah atau Daerah melalui zuriat lelaki yang tiada terputus dari turun temurun didalam keluarga kekerabatan tersebut. Kebiasaan Pemerintah atau keturunan ini mengunakan gelaran nama dihadapan seperti Maharaja, Sultan, Raja, Haluan, Tengku, Tuan, Tun, Tunku, Tuanku, Engku, Ku atau setaraf makna dengannya

2.  Keturunan Bangsawan - Yang membawa maksud keturunan yang berasal Orang-Orang yang dimuliakan oleh Pemerintah dan masyarakat atau keturunan Puteri Raja yang berkahwin dengan Orang-Orang yang dimuliakan seperti keturunan berbangsa Arab atau dari keturunan Keturunan Rasulullah SAW iaitu keturunan Ahlul Bait yang menjadi ketua kaum atau pemimpin yang mengunakan nama gelaran hormat dihadapan seperti Sharif, Habib, Sheikh, Sayyid, Saab, Sidi, Badshah, Sahib, Mirza, Wan, Nik, Makhdom atau lain-lain yang setaraf dengannya.
 Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
3.   Keturunan Orang Kebanyakkan – Yang membawa maksud keturunan yang berasal dari perkawinan campur atau keturunan yang tidak tergolong dari kedua-kedua yang dinyatakan diatas. Namun dikatakan terdapat juga dari kalangan Orang Kebanyakkan yang mengunakan nama keluarganya tersendiri sebagai satu tanda asal usul mereka pada waktu itu yang membawa hingga ke hari ini.

Berbalik kepada topik fakta asal seperti awal penulisan ini, didalam Negeri Perak terdapat empat orang besar yang digelar ‘Orang Besar Empat’ dan gelaran penuh pada jawatan orang besar yang dimaksudkan ini ialah seperti berikut :-

1.     Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja DiRaja
2.     Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja
3.     Orang Kaya Temenggung Paduka Raja
4.     Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

Kebiasaan didalam percakapan rasmi, keempat-empat Orang Besar Negeri Perak ini didahului dengan perkataan ‘TENGKU’ pada masa itu apabila menyebut nama gelarannya. Sebagai contoh, panggilan percakapan bagi Orang Kaya Bendahara disebut Tengku Bendahara, Orang Kaya Besar pula disebut Tengku Kaya Besar, Orang Kaya Temenggung juga disebut Tengku Temenggung dan bagi Orang Kaya Mentri pula dipanggil Tengku Menteri. Panggilan tidak rasmi pula biasanya disebut Tengku sahaja.
Panggilan ‘TENGKU’ kepada kempat-empat orang besar Negeri Perak ini sering menjadi tanda tanya dan menjadi kekeliruan oleh masyarakat dari masa kesemasa dan sangat sukar untuk dijawab. Secara hakikat didalam pengetahuan masyarakat umumnya mengetahui bahawa gelaran ini layak diguna pakai oleh darah berketurunan Bangsa DiRaja iaitu dari keluarga kerabat DiRaja sahaja.
Tidak dinafikan, pada suatu masa dahulu keempat-empat jawatan Orang Besar Empat ini pernah dijawat oleh keturunan berbangsa raja dan juga keturunan bangsawan, namun ia bukanlah satu alasan, persyaratan atau jawapan bagi panggilan yang dianggap tiada kena tempat dan haq kepada si pemakainya. Berkemungkinan besar ia terjadi diatas faktor kekeliruan masyarakat ketika itu atau ia mungkin berlaku diatas sesuatu kepentingan kepada Orang Besar dari kalangan Orang Kebanyakkan bersama-sama Pemerintah Negeri itu sendiri ketika itu.
Namun bagi menjawab persoalan yang penuh kontraversi pada suatu masa ketika dahulu, ada beberapa sejarah yang berhubungkait dengan kewujudan gelaran orang besar ini boleh ditinjau secara ringkas dan ianya seperti berikut :-
Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
a.     PANGGILAN TENGKU BAGI ORANG KAYA BENDAHARA
Menurut catatan fakta kepada Sejarah Negeri Perak, didalam tahun 1958 seorang putera Sultan Mahmud (Sultan Kota Melaka yang terakhir), telah dijemput datang ke Perak yang bermula berpusat pemerintahannya di Tanah Abang (Sebelumnya dikenali dengan nama Buluh Apa). Pada masa pemerintahan Baginda, Tun Mahmud adalah susunan jawatan Bendahara pertama dengan membawa gelaran penuhnya kepada BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN MAHMUD dan jawatan bendahara yang pertama disandang oleh dari kalangan keturunan berdarah Bangsa DiRaja. Setelah Tun Mahmud dipanggil pulang ke Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Syah, lalu Raja Muzaffar melantik pula Megat Terawis menduduki jawatan sebagai bendahara tersebut dengan membawa gelaran penuh pula sebagai Orang Kaya Besar Bendahara Sri Maharaja DiRaja.

Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Bendahara Megat Abu Kassim telah disingkirkan oleh baginda dan melantik dari keturunan Bangsawan iaitu Sayyid Abu Bakar namun beliau juga tidak lama menduduki jawatan tersebut. Akhirnya Sultan Iskandar Zulkarnain berbalik kepada adat yang pertama didalam pemilihan jawatan Bendahara bagi Negeri Perak. Baginda telah melantik adinda Baginda sebagai Bendahara Negeri Perak iaitu Raja Alauddin. Maka sejak dari itu jawatan Bendahara adalah menjadi satu persyaratan wajib diisi hanya dari kalangan keturunan DiRaja.
 Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
Sejak Raja Alauddin dilantik, gelaran dan panggilan Orang Kaya Bendahara Sri Maharja DiRaja sejak turun temurun disandang oleh orang kebanyakkan dan bangsawan itu telah diubah menjadi gelaran Raja Bendahara.

Mengikut sejak azalinya jawatan sebagai Bendahara ini amatlah besar kedudukannya. Tugas utama Bendahara ialah ‘memerintah, memberi kebajikan atas bumi yang dilingkari raja itu.’  iaitu mentadbir kerajaan yang beraja secara fizikal.  Di sinilah  letaknya keunikan Institusi Bendahara  atas fungsinya yang bersifat ‘separuh raja separuh pembesar’, iaitu dalam martabat Bendahara  setaraf Raja tetapi dalam masa yang sama tetap berperanan sebagai hamba Melayu yang taat kepada baginda iaitu Sultan yang memerintah Negeri. Raja Bendahara yang berketurunan raja juga adalah waris ke 3 yang berhak menjadi Sultan seandainya sekiranya Putera Raja Pemerintah dan Raja Muda mangkat dahulu sebelumnya. Maka tidak hairanlah jika dizaman Sultan Iskandar Zulkarnain ini baginda mengubah sistem pemilihan Bendahara dari kalangan orang kebanyakkan kembali kepada keturunan dikalangan Kerabat DiRaja kerana tugasan ini hanya sesuai disandang oleh kekerabatan ini. Selama hampir 200 tahun lamanya jawatan Raja Bendahara dituruti sebagai salah satu sistem susunan pentadbiran adat berkerajaan didalam Negeri Perak sehingga sampai kepada Raja Abdul Rashid mangkat pada tahun 1959 iaitu Raja Bendahara yang terakhir ketika itu, jawatan bendahara jatuh ketangan dan pemilihan dari kalangan orang kebanyakkan kembali.

Bendahara yang pertama dilantik selepas dari hampir 200 tahun disandang oleh kalang karabat diraja ini, ialah Dato’ Muhammad Yusuf bin Syikh Abdul Rahman dengan mengunakan gelaran penuh yang disebut Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja DiRaja kembali dengan panggilan Tengku Bendahara.

Dikatakan mengenai panggilan ‘TENGKU’ kepada Orang Kaya Bendahara sekarang merupakan satu penerusan yang telah lazim digunakan oleh orang kebanyakkan di masa-masa pangkat Bendahara Perak disandang oleh kerabat DiRaja Perak. Ketika jawatan Bendahara jatuh kepada orang kebanyakkan semula diteruskan penggunaannya panggilan ‘TENGKU’ tanpa ada yang menegur dan cuba membetulkan semula panggilan yang sangat bercanggah dengan peraturan adat istiadat Raja-Raja Perak diwaktu itu.
 Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
b.     PANGGILAN TENGKU BAGI ORANG KAYA BESAR
Menurut fakta sejarah susunan jawatan ini dikenali dengan gelaran Toh Seri Narawangsa dan disandang dari keturunan Bangsa Raja iaitu Toh Seri Narawangsa Tun Besar Tuha. Kemudian selepas itu disandang pula oleh orang yang bernama Megat Makan Lambat membawa gelaran Orang Kaya Besar Maharaja Diraja.

Namun dikatakan terdapat beberapa fakta beberapa orang dari keluarga Syed dilantik juga menjadi Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja, iaitu seperti Syed Mahmud, Syed Jaafar dan Syed Hamid. Semasa dizaman keluarga Syed-Syed ini memegang tampok jawatan Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja menjadi keutamaan mereka apabila membahas diri mereka ‘HAMBA TENGKU’ , ‘HAMBA ENGKU/PAK ENGKU’ kepada orang-orang kebanyakkan dan ini membuatkan orang-orang kebanyakkan  sekitar mereka ketika itu sudah mejadi satu kebiasaan memanggil keluarga Syed-Syed ini dengan panggilan ‘TENGKU’ atau ‘ENGKU/PAK ENGKU’.

c.     PANGGILAN TENGKU BAGI ORANG KAYA TEMENGGUNG PADUKA RAJA
Didalam tahun 1818 ketika Angakatan Perang Kedah ketika datang menyerang Bukit Gantang dan ditentang oleh Angkatan Perang yang diketuai oleh Raja Alang Iddin ketika itu dikatakan tidak dapat menewaskan Angkatan Perang Raja Alang Iddin dan Angkatan Perang dari Kedah itu berundur dan mara menyerang Kota Lama dan dsitu pula Angakatan Perang yang diketuai pula oleh Dato’ Panjang Talib yang bertanggungjawab mempertahankan Kota Lama tersebut akhirnya pendamaian telah tercapai oleh kerana kebijaksanaan akal Dato’ Panjang Talib.
 Image result for orang besar perak
Gambar Hiasan
Oleh kerana mengenangkan jasa Dato’ Panjang Talib terhadap Negeri Perak maka Sultan Abdul Malik Mansur Shah (1805-1825) telah mengurniakan jawatan Temenggung dengan membawa gelaran Dato’ Temenggung Paduka Raja Panjang Talib. Namun jawatan dan gelaran itu ditolak dan diberikan kepada adindanya iaitu Pandak Usup. Maka Pandak Usup pon menyandang jawatan tersebut dan mengunakan gelaran Dato’ Temenggung Paduka Raja Pandak Usup. Jawatan ini juga disandang dari keturunan Bangsa Raja pada awalnya iaitu dari keturunan Maharaja Lela Pancung Tak Bertanya.

Pada tahun 1887 pula, Raja Idris telah dilantik menjadi Sultan Perak, Orang Kaya Temenggung ketika itu ialah Dato’ Temenggung Paduka Raja Husain dan oleh kerana Orang Kaya Temenggung ini sangat besar jasanya terhadap Sultan dan Negeri Perak lalu disaat itu Baginda sangat berbesar hati mengurniakan gelaran keturunan dengan nama panggilan Raja atau Tengku. Namun sudah menjadi lumrah darah yang mengalir didalam tubuh keturunan Maharaja Lela Melayu ini yang tiada suka bermegah-megah dengan nama, gelaran dan pangkat yang hanya berpegang teguh diatas ketaatan dan kesetian kepada Allah, Agama, Raja, Bangsa dan Tanah Air lalu ditolak tawaran tersebut dengan cara beradat dan bersopan. Namun bagi tidak mendatangkan rasa kecewa dan kemurkaan Baginda diatas penolakkan tawaran tersebut lalu Dato’ Temenggung Paduka Raja Husian mencadangkan nama pangkal disebut ‘WAN’ yang diambil dari perkataan ‘PAHLAWAN’ dengan alasan jika dengan menggunakan ‘RAJA’ atau ‘TENGKU’ dipangkal namanya, ia pasti disuatu hari anak cucu cicitnya juga rakyat jelata akan keliru dan tidak dapat dikenalpasti Raja yang berketurunan Temenggung dan Raja yang berketuruna darah Raja sebenar.

Sesungguhpun Temenggung Diraja Perak itu tidak menggunakan nama gelaran ‘RAJA’ atau ‘TENGKU’, namun rakyat iaitu orang-orang kebanyakkan ketika itu tetap memanggil dan menggelar mereka ‘RAJA’ atau ‘TENGKU’ kerana orang-orang kebanyakkan ketika itu menganggap bahawa keturunan Temenggung itu layak dan berhaq digelar sebegitu kerana mereka juga dari keturunan Bangsa Raja.

d.     PANGGILAN TENGKU BAGI ORANG KAYA MENTERI
Begitu juga dengan kisah semasa Ngah Ibrahim berkuasa di Larut, beliau telah diberi jawatan dan gelaran Mentri Paduka Tuan dan jawatan ini pun pada awalnya disandang oleh keturunan dari kekerabatan DiRaja. Orang Kaya Mentri Ngah Ibrahim juga seorang yang bukan bersifatkan bermegah-megah pada nama, pangkat dan gelaran. Namun bagi orang-orang kebanyakkan dan yang terutama bagi pedagang-padagang luar tetap memanggilnya dengan gelaran ‘RAJA’ atau ‘TENGKU’ kerana Ngah Ibrahim itu memang seoran Raja Di Larut.
Begitulah secara ringkasan diatas tinjauan sejarah yang pernah berlaku. Disini kita dapat melihat sebutan ‘TENGKU’ itu berlaku tidak kena pada tempatnya. Namun tidak dapat dipastikan pada hari ini adakah ia masih berterusan seperti adanya atau sebaliknya.
Sedikit penambahan pendapat penulisan didalam artikal kali ini, apabila menyentuh bab nama gelaran kepada keturunan, sudah semestinya setiap atau sesebuah keturunan yang berbangsa itu amat berhubungkait rapat dengan bahasa, adat, dan budaya. Sebagai beberapa contoh, Keturunan Melayu Bugis, Keturunan Melayu Mandealing, Keturunan Melayu Acheh dan lain-lain yang serumpun dengannya.
Namun, pernahkah diantara kita pada hari ini apabila membicarakan asal usul keturunan dan bangsa keluarga bertanyakan pada diri masing-masing apakah kita mengetahui dana mengenali bahasa, budaya dan adat didalam keturunan keluarga kita yang kita amalkan hingga hari ini. Bagi setiap individu yang ada jawapannya maka bersyukurlah dan bagi yang tiada jawapan untuk soalan tersebut maka pelajari dan mencarilah identiti sebenar keturunan dan bangsa kita itu tadi agar tidak tergolong didalam institusi ikut-ikutan.

Fakta artikal ini diambil dari penulisan ;-
ORANG BESAR 4 NEGERI PERAK – N.A Halim
Diolah & Disalin semula :-
TokChangkatLanggor

Orang Jawa mencari benang,
Mencari benang di atas bukit;
Sifat menipu nampak senang,
Lama-lama jadi penyakit

Roti dicanai diwarung mamak,
Hidangannya dal bersama kari;
Orang bohong kerana tamak,
Sudahnya sakit perut nanti.

Perut senak sengkak isi penuh,
Mula rasa lesu mengantuk mata;
Kaki kona badan jenuh,
Akal nafsu diturutkan saja

-tokchangkatlanggor-