Perwaris Kampung Kuchai




Kampung Kuchai Ipoh Perak adalah sebuah penempatan awal Orang Melayu di Ipoh. Penempatan ini adalah titik permulaan kawasan yang membentuk Bandar Raya Ipoh hari ini. Penempatan ini dibuka oleh seorang Tokoh ternama dan seorang yang bertanggungjawab didalam pembangunan sosio dan ekonomi Orang Melayu didalam Negeri Perak suatu masa dahulu. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Dato’ Sadewa Raja Ngah Abdul Wahab iaitu seorang Bangsa Raja.

Namun nama dan sejarah beliau tidak diketahui ramai pada masa kini oleh kerana kekurangan maklumat diatas kelakuan penjajah British yang menentang serta memusnahkan identity beliau diatas kepentingan pihak penjajah ketika itu. Tetapi bagi Orang Melayu Perak yang hidup sekitar lewat tahun 1900an masih ada yang mengenali dan mengetahui akan tokoh tersebut.

Beliau juga pernah menyandang jawatan keturunan sebagai Toh Muda serta Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta ke 11. Namun diatas faktor-faktor tertentu di era itu beliau melepaskan jawatan tersebut dan mengundur diri.

Kampung Kuchai adalah penempatan kedua dibuka selepas Pengkalan Pegoh yang ketika itu menjadi Bandar Utama pusat pentadbiran dan perniagaan Orang Melayu sebelum kewujudan Bandar Ipoh. Pengkalan Pegoh pula dibawah milikan dan kuasa Ayahanda beliau iaitu Dato’ Sadewa Domba yang juga menyandang jawatan keturunan Orang Kaya-Kaya Seri Amar Bangsa Di-Raja iaitu Dato’ Panglima Kinta ke-9. Beliau telah berhijrah bersama-sama anak dan isterinya membuka Kampung Kuchai dan membuka beberapa buah perlombongan bijih timah diwaktu itu. Isteri beliau berasal dari kalangan keluarga Panglima Bukit Gantang juga tokoh ternama didalam sejarah Negara kita.

Paloh adalah sebahagian daripada kawasan Kampong Kuchai ketika itu dimana ia adalah sebuah pusat pengurusan pembersihan hasil bijih timah diwaktu itu dan penempatan awal pendatang dari berbangsa Cina yang berkerja diperlombongan milikan Dato’ Sadewa Ngah Abdul Wahab ketika itu dan Orang-Orang Melayu disitu dilantik mengetuai urusan-urusan yang berhubungkait dengan perlombongan serta urusan perniagaan bijih timah oleh beliau waktu itu.

Kampung Kuchai banyak menyimpan sejarah ketamadunan warisan orang melayu dan sejarah pembangunan orang melayu waktu itu, namun oleh kerana sikap dan kuasa-kuasa penjajah mencampuri serta menentang kuasa-kuasa orang melayu ketika itu telah melenyapkan zaman sejarah kegemilangan Kampung Kuchai ini ditelan waktu.
Hari ini Kampung Kuchai menjadi sebuah tempat yang terbiar dan dihuni oleh peniaga-peniaga kecil yang membuat bengkel membaik pulih kenderaan dan ada juga yang menjadikan tempat tinggal sekadar tempat berteduh bagi individu yang tidak berkemampuan.
Usaha-usaha cadangan dari pihak-pihak berkenaan bagi membangunkan Kampung Kuchai sebagai sebuah tapak warisan sejarah Bandaraya Ipoh telah dilakukan namun tidak dapat dilaksanakan oleh kerana perwaris dari Tokoh ini tidak diketemui sehingga dianggap Kampung Kuchai ini “ TIDAK BERWARIS “ oleh pihak-pihak berkenaan. Namun pada 30 Jun 2017, sebuah laporan oleh Balqis Jazimah dari Berita Harian didalam akhbar tersebut telah mengundang Perwaris Sah kepada tokoh ini. Cadangan yang diutarakan dari Presiden Persatuan Warisan Negeri Perak iaitu Mohd Taib Mohamed didalam Berita Harian telah membantu pihak perwaris tokoh tersebut tampil dengan dibantu oleh pendukung-pendukung keatas keluarga ini bagi menuntut tanah-tanah yang terbiar milikan keturunan pewaris Dato’ Panglima Kinta Sadewa Ngah Abdul Wahab ini.


*
Kenyataan dari Waris Tertua Tokoh tersebut semasa membuat lawatan ke Kampung Kuchai baru-baru ini telah menyatakan usaha pewaris bagi pencarian dan tuntutan keatas semua milikan hartanah milik Tokoh ini telah dilakukan sejak 60 tahun yang lampau. namun diatas faktor kekurangan sumber maklumat dan kerjasama dari pihak-pihak yang berkenaan dan tertentu telah membantutkan proses pencarian dan penuntutan ini .
Beliau juga menyatakan, perkara ini berlaku diatas sejarah silam yang berhubung kait dengan kuasa dan kedudukan yang menyebabkan Perwaris tunggal sebelumnya membawa diri, walaupun segala dokumen yang berkaitan telah diwasiat kepada waris-warisnya bagi mengusahakan pencarian serta penuntutan tidak dapat dilaksanakan diatas sebab seperti yang dinyatakan diatas.Diatas keadaan dan kejadiaan itu juga mengundang kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan ini menjadikan usaha-usaha tersebut menjadi lebih sukar ketika itu.

Didalam kenyataannya lagi, pada awal tahun 2009, satu kumpulan telah ditubuhkan didalam keturunan keluarga ini yang terdiri dari jenerasi pelapis kedua dari waris tertua kini telah mengusahakan usaha tersebut hingga kehari ini. Dan diatas usaha mereka dan ditambah dengan bantuan pendukung-pendukung yang luar terhadap institusi keluarga ini nampaknya dapat membantu terhadap usaha pencarian serta proses penuntutan yang akan terlaksana kelak katanya.
Bukan sekadar Kampung Kuchai sahaja malah banyak lagi tanah-tanah milik Dato’ Sadewa atau juga dikenali Orang Kaya-Kaya Dato’ Panglima Kinta Ngah Abdul Wahab yang terbiar didalam Negeri Perak yang masih belum dituntut dari perwarisnya walau ada diantaranya telah dijualkan oleh pihak yang mengambil kesempatan satu masa dahulu, namun dikata sudah hampir semua maklumat dan kesahihan melalui dokumen-dokumen yang menyokong bagi pengesahan pemilikan diperolehi bagi proses tidak lama lagi.

Ini juga dapat membantu kesulitan yang dihadapi oleh pihak-pihak yang berkenaan keatas proses pembangunan Negeri selama ini diatas tanah-tanah berpontensi yang dianggap tidak berwaris  dapat dibangunkan bagi pembentukan ekonomi sejagat.

Pihak Perwaris juga menyatakan bahawa mereka akan menyokong serta memberi usahasama jika kawasan hak milikan mereka ini ingin dibangunkan sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat negeri perak.
Seorang sukarelawan iaitu Puan Shima Yusoff yang membawa sekumpulan penuntut-penuntut dari pengajian tinggi tempatan bertemu dengan Perwaris Kg. Kuchai ketika lawatan itu dilakukan bagi sesi menjawab setiap hal ehwal serta sejarah yang berkaitan dengan pemilik asal Kampung tersebut bagi bertujuan kajian dan pengetahuan.

Katanya lagi, hanya pewaris sebenar sahaja yang lebih arif dan tahu akan sejarah pembukaan keatas penempatan ini. Beliau menerima berbagai-bagai versi cerita dan andaian yang tak dapat disahihkan sehingga beliau sendiri terkeliru dan beranggapan Dato’ Sadewa Raja Wahab dan Dato’ Panglima Kinta Ngah Abdul Wahab adalah orang yang berbeza. Setelah penerangan telah diberi barulah beliau tahu Individu yang dianggap  orang yang berbeza itu adalah orang yang sama. Kekeliruan ini berlaku diatas sebab tidak pernah dapat bertemu dengan keturunan kepada pemilik Kg. Kuchai ini. Beliau juga menyatakan beliau juga berasal dari keturunan seorang pembesar negeri perak dari sebelah ibunya.

Beberapa maklumat dan informasi yang telah diperolehi dari Puan Shima Yusoff juga dapat membantu melancarkan urusan yang diusahakan. Penuntut-penuntut yang dibawa khas oleh Puan Shima Yusoff didalam pertemuan tersebut juga membantu mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan sebagai pengesahan sesebuah sejarah tentang seorang Tokoh yang pernah berjasa besar keatas negeri perak yang boleh dijadikan sebuah pengetahuan keatas generasi muda hari ini.
(* Petikan kenyataan dari https://www.facebook.com/groups/sakakinta/)

Ketua Adat keluarga waris tokoh ternama ini iaitu Yang Amat Mulia Mejar Johari Baba ketika penulis menemui pula menyatakan kenyataan Media akan dibuat setelah pertemuan dengan pihak-pihak yang berwajib dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara dimana sekiranya hak milikan hartanah dari keturunan yang terbiar ini boleh diusahasamakan sekiranya ia membawa kebaikan dan ekonomi rakyat perak. Katanya lagi ia bukan sekadar Kampung Kuchai ini sahaja malah seperti Bandar terbiar Kampung Kepayang Sungai Raia dan beberapa tempat lagi dalam Negeri Perak yang telah sah dan terbukti milikan keturunannya juga sekira ingin dibangunkan bagi keutamaan pembangunan ekonomi Rakyat Negeri Perak terutama Bumiputera, pihak keluarganya akan cuba bekerjasama bagi kebaikan Rakyat sejagat.




















KERATAN KENYATAAN TERDAHULU



 https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20170630/281672549958911

Biar payah menabur padi
Sudah berbunga diracun orang
Biar payah usaha sampai ke mati
Janji Allah pastikan bertandang

Biar orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Haloba dengki sifat musuh
Ingatlah Tuhan dan ingat mati.

Ayam jantan si ayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Kalau hak tetaplah hak
Jangan dilawan firman Ilahi


Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Apa guna banyak harta dunia

Budi yang baik dijunjung orang

-tokchangkatlanggor-