Perasaan
marah yang tidak terhingga oleh Raja Berumum apabila mendapat berita bahawa
orang-orang mendeling kalah didalam mempertahankan Kuala Lumpur dari Yap Ah Loi
iaitu seperti orang inggeris yang
mendapat sokongan dari sokongan dan dorongan dari Sultan Abdul Samad.
Seorang
sahabat Raja Berumum iaitu Raja Asal yang berasal dari keturunan Raja Mendailing
Sumatera ketika itu juga sama-sama membantu pertahanan kubu tersebut. Kubu
tersebut terletak di Bukit Nenas dan beliau terpaksa berundur ke Ulu Kelang.
Disitu pula Raja Asal bergabong tenaga bersama Sayyid Manshor bersama
orang-orang mendailing memerangi angkatan perang sekutu Yap Ah Loy.
Kesudahannya
Syed Manshor dan Raja Asal melarikan diri ke Perak di Ulu Slim iaitu daerah
milik Raja Berumum. Raja Berumum tersangat marah dengan sikap Syed Manshor dan
Raja Asal apabila baginda mendengar perkhabaran dari mereka dan meninggalkan
orang-orang mendailing yang masih menentang dan berperang dengan Yap Ah Loi secara
gerila di Kuala Lumpur. Raja Berumum menganggap Raja Asal dan Syed Manshor
orang yang hanya GAH pada nama tetapi pengecut dan tidak berani mati
bersama-sama pengikut-pengikutnya. Namun kesetiaan Sultan Puasa amat dikagumi
oleh Raja Berumum dimana Sultan Puasa masih lagi bersama tenteranya memerangi
musuh.
Setelah
persiapan lengkap, dengan meninggalkan dua orang yang dianggap pengecut, Raja
Berumum dan tenteranya berjalan kaki berhari-hari sehingga sampai dipinggir
Kuala Lumpur dan terus ke Ulu Langat bergabong dengan tentera-tentera Sultan
Puasa yang sedia ada disitu. Setelah mendapat kata sepakat diatas perancangan
menyerang Yap Ah Loy dengan sekutunya, maka berperanglah berhabis-habisan
diantara kedua-dua pihak. Dikatakan begitu dahsyat peperangan itu berlaku dan
boleh dikatakan kepala dan tubuh badan bangsa Cina yang terputus akibat
pertempuran ketika itu bersepah-sepah dimerata-rata tempat mati akibat serangan
gerila dari Raja Berumum dan sekutunnya. Setelah berhari-hari peperangan tanpa
henti itu berlaku dan angkatan perang Raja Berumum dikatakan sudah hampir
menang didalam peperangan tersebut, tentera inggeris pula datang menyerang dan menjadi
sekutu kepada Yap Ah Loy, kononnya ingin menjadi wira di Tanah Melayu. Dengan
alat perang yang sudah kekurangan dan tenaga angkatan perang Raja Berumum sudah
berkurangan, akhirnya pihak inggeris dapat mengalahkan angkatan perang Raja
Berumum dan Sultan Puasa.
Raja
Berumum dan tenterannya terpaksa berundur ke Pudu lalu pulang ke Ulu Slim dan
Sultan Puasa pula berundur ke Ulu Langat kembali. Dikatakan Sulta Puasa iaitu
Sultan kepada Ulu Langat cuba lagi menyerang Yap Ah Loy dan Inggeris namun
tidak sempat merancang sudah bersedia datang tentera inggeris menyerang dan
Sultan Puasa dapat ditangkap dan dipenjarakan di Kajang. Akibat Sultan Puasa
ditangkap dan dipenjarakan maka Ulu Langat jatuh ketangan Sultan Selangor ketika
itu.
Selepas
kembalinya Raja Berumum ke Ulu Slim, Raja Berumum telah berpindah ke Gopeng
dengan dibantu oleh Toh Muda Sadewa Raja Wahab yang ketika itu juga menjadi Toh
Muda Panglima Kinta dan Raja Berumum telah menjalankan aktiviti perlombongan
disana diatas dorongan serta bantuan dari Toh Muda Dato’ Kinta Sadewa Raja
Wahab pada saat itu. Pada sekitar tahun 1874, Raja Berumum telah terlibat
didalam rancangan dan pembunuhan Residen British yang pertama di negeri perak
iaitu JWW Bitch.
Dinyatakan
diwaktu selepas berlakunya pembunuhan tersebut, Syed Manshor iaitu sahabat
kepada Raja Berumum yang telah ditinggalkan oleh Raja Berumum semasa perang di
Kuala Lumpur itu diatas sebab sikap pengecutnya kepada pengikut-pengikunya,
telah menjadi pembelot pula kepada Baginda dan Orang Melayu Perak apabila
beliau telah menawarkan diri dengan nilai upah yang dikatakan tinggi kepada
pihak British bagi memburu Raja Berumum dan beberapa orang melayu yang terlibat
didalam pembunuhan tersebut. Syed Manshor telah menyatakan kepada pihak British
bahawa beliau lebih arif dan tahu dimana persembunyian Raja Berumum dan yang
lain-lainnya dan beliau meminta jaminan penuh kepada pihak British agar diberi
perlindungan keselamatan keatas dirinya dari Orang-Orang Melayu Perak yang
bakal menyerangnya diatas perbuatan pembelotannya itu dan pihak British
bersetuju diatas segala permintaan Syed Manshor itu.
Akhirnya,
diatas usaha gigih Syed Manshor itu maka tertangkaplah pejuang-pejuang bangsa
melayu ini ditangan penjajah. Maka setelah ditangkap kesemua pejuang-pejuang
bangsa melayu ini maka dijatuhkan hukuman, namun hanya Raja Berumum sahaja yang
terlepas dari hukuman tersebut kerana baginda diselamatkan oleh Raja Idris
kerana terpaksa. Dikatakan Raja Idris yang pertama itu anak susuan bonda kepada
Raja Berumum ini bermakna Raja Idris itu juga dianggap saudara kepada Raja
Berumum. Ketika itu Raja Idris yang pertama adalah diantara Raja yang bertahta
dihati orang-orang British, maka disaat Raja Idris yang pertama menyelamatkan
Raja Berumum, pihak inggeris dikatakan hanya tutup sebelah mata.
Raja
Berumum akhirnya ditempatkan di Kampar Perak. Disanalah Raja Berumum meneruskan
kehidupannya sehingga akhir hayatnya. Mengikut fakta penulisan Nasir Ahmad,
Raja Berumum mangkat pada tahun 1900 dan berbeza pula dengan fakta dari
penulisan Dato Hashim pula baginda mangkat pada tahun 1921.
Raja
Berumum juga digelar oleh orang-orang Ulu Slim sebagai Imam Perang Jabarumum
dan di Gopeng Perak Baginda di gelar sebagai Imam Perang Jabarunggun atau Tok
Ngah Jabor. Baginda berasal dari keturunan Raja Sumatera.
Cerita
ini diolah dan disalin semula dari :-
Koleksi
Himpunan Penulisaan ; N.A Halim & Ahmad Panjang
Oleh :
Tok Changkat Langgor
Buah
bangsat akal mencelah,
Duduk
melihat peluang dicari.
Sudah
nampak harta dicelah,
Adik
Abang dibuang ketepi.
Lidi
dengan padi,
Gunting
dengan benting.
Nama
bukan diri,
Perangai
lagi penting.
Peti
dengan budi,
Hati
kena cuci,
Niat
kena suci.
Dari
mana akal datang,
Dari
otak turun ke hati.
Dari
mana jahat bertandang,
Dari
musibat perangai diri.
Limau
purut lebat di pangkal,
Batang
selasih condong uratnya.
Hidung
tinggi panjang akal,
Habis
harta bini harta mertua disebatnya.
Puaslah
kita merendah diri,
Tanda
Melayu berbudi Bahasa.
Penat
badan menabur budi,
Kerana
harta jilat kasut pun tak mengapa.
-tokchangkatlanggor-