Islam Vs. Yahudi
ان الصدق يهدى الى البر, ان البر يهدى الى الجنة, وان الرجل ليصدق حتى يكتب عند الله صديقا, وان الكذب يهدى الىالقجور وان الفجور يهدى الى النار وان الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذابا (رواه البخارى و مسلم
“Sesungguhnya kejujuran akan menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menghantarkan kepada surga. Seseorang yang berbuat jujur oleh Allah akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya bohong itu akan menunjukkan kepada kelaliman, dan kelaliman itu akan menghantarkan ke arah neraka. Seseorang yang terus menerus berbuat bohong akan ditulis oleh Allah sebagai pembohong.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim )
اية المنافق ثلاث : اذا حدث كذب واذا وعد أخلف واذا ؤتمن خان
“Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).
"Sesungguh itu jualah yang amat kami takuti dan jangan KAU(yakni ALLAH) membebaskan kami (dari melakukan kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Rabb-MU. Sesungguhnya Rabb-MU Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Khalam Riwayat tokchangkatlanggor)
Ada TIGA golongan atau kategori SIFAT individu yang menyampaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan sejarah atau sisilah keturunan sendiri mahupun orang lain bagi berbagai bentuk tujuan.
TIGA kategori sifat individu yang dikata itu adalah seperti berikut:
- Angkuh
- Sombong
- Tegas
Ketiga-tiga jenis golongan ini membawa sifat seperti berikut;
- Golongan Pertama - Cerdik,Munafik,Zalim,Tamak dan Haloba(Golongan ini selalunya memutar belitkan kebenaran atau kesahihan sesuatu maklumat sejarah atau silsilah itu bagi bertujuan sesuatu yang dirancang. Golongan ini kebiasaan didalam bentuk berkumpulan)
- Golongan Kedua - Bodoh, Pemalas, Penting Diri Dan Mengejar Nama(Dan bagi Golongan ini pula golongan yang kurang ilmu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat sejarah atau silsilah dan juga kurang mengkaji dan lebih banyak kepada teori dan fakta yang agak lebih kurang dan golongan paling suka menyalin dan menyampaikan kembali apa pun jua yang disebarkan dari individu yang bersifat golongan pertama tadi.Golongan ini kebiasaan terdorong minat didalam sejarah atau silsilah kerana ikut-ikutan atau kerana mencari nama didalam kitarannya. Golongan ini adakalanya ia berkumpulan dan adakala perserongan. Namun apa yang pasti golongan seperti ini memang menyusahkan)
- Golongan Ketiga - Bijak, Rajin, Rendah Diri, sifat ingin tahu, bersifat terbuka dan berhati-hati.(Golongan ini adalah golongan yang hanya suka kepada kebenaran dan tidak bersifat memperkeci l-kecilkan kepada dua sifat golong yang diatas didalam perkara-perkara yang dipamir atau diutarakan. Namun golongan ini amat berminat dengan golongan yang pertama, kerana sehebat mana sekalipun akan fakta atau maklumat itu diubah namun tetap ada kurangnya. Satu perkara yang amat menarik didalam golongan ketiga ini, mereka boleh menerima atau mengubah setiap maklumat yang pernah disampaikan atau dipamerkan sebelumnya jika berlaku kesilapan. Dan mereka ini boleh dikatakan kategori individu-individu yang bersemangat juang didalam mencari kebenaran)
Dibawah ini adalah beberapa contoh maksud fakta yang sengaja diputar belitkan :
Gambar ini dikatakan adalah Istana Milik Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah ibni al-Marhum Syed Shaikh al-Khairat. Rata-rata didalam blog-blog atau laman sesawang, buku dan sebagainya menyatakan ia adalah Istana tempat bersemayam Sultan Ismail. Berpuluh tahun ia dikekalkan statusnya begitu.
Namun didalam simpanan yang sebenarnya ia adalah sebuah Masjid Di Blanja. Mustahil orang yang cerdik pandai dan berilmu tiada akan sumber bukti-bukti atau gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu. Ramai pengkaji Anak Melayu kita yang sampai berenang luar negara menimba ilmu mengkaji tamadun MELAYU, ada yang sampai berjela-jela sijilnya, tidak mungkin sama sekali tiada kebenaran yang diperlihat. Atau mereka ini sudah dilatih melatihkan diri sebagai penyamun tarbus. Gambar in diambil sekitar tahun 1860.
Dan ini pula Dato' Maharajalela. Dikatakan gambaran sebenar wajahnya hanya dapat dilakarkan sahaja. Ini adalah tidak logik langsung dan tidak masuk akal. Dato' Maharajalela dikatakan mangkat pada tahun 1877, jikalau gambar masjid diatas pun diambil pada tahun 1860 manakan mungkin Orang-Orang Melayu hebat sebigini tiada diambil wajahnya melalui kamera antik diwaktu itu. Ini semua Bohonggggg!!!!
Persoalannya, Siapakah yang bohong kita? Melayu atau Inggeris?. Tepuk dada tanya hendak makan apa.
Lihat, berapa segaknya apabila tampak wajah kebenaran. Secantik mana sekalipun lakaran wajah didalam potrait diatas namun ia semuanya PALSUUUU!!!!. inikah yang patut dipersembahkan oleh kita buat anak cucu cicit kita esok hari?. Kita terlupa generasi mereka adalah generasi Y. Gambar dibawah ini diambil sekitar tahun 1872 ketika ia di Sayong.
Ini adalah hadiah buat anak cucu cicit kita dan juga kepada seluruh jurai dari leluhur Baginda Maharaja Lela. Telus Ikhlas dari kami Warga Keluarga Bangsa Di-Raja Saka Kinta.
Ini hanya sebutir sahaja yang dipamirkan disini, percayalah masih banyak lagi didalam simpanan kami yang telah diusahakan kami juga para sahabat-sahabat juga keluarga akan sumber-sumber yang sahih sejak dari 15 tahun yang lalu hingga ke hari ini. Dan usaha masih dikekalkan demi anak cucu cicit mengenal Nenek Moyang Kita. Itu Kata Pasti.
Ia tidak sama sekali diusahakan bagi bertujuan inginkan dijadikan senjata bagi membunuh sesuatu, inginkan sesuatu mahupun menyalahkan sesuatu.
Yang berlalu tetap berlalu,
Pentas ini pentas bersatu.
Buat seluruh anak cucu,
Segala jadi Allah yang tentu.
Buang yahudi bawa Melayu,
Sarung kembali tengkolok dikepala Mu.
Itu tanda tinggi Agama Mu,
Ilmu yang Esa dari Alif yang SATU.
Bawakan kasih kedalam jiwa Mu,
Agar sayang menjemput hati Mu.
Barulah rindu akan kubur Mu,
Akan AKU hadir berserta dengan Mu.
-tokchangkatlanggor-