Bandar Warisan Kampung Kepayang
Bandar Kampung Kepayang
Sebuah bandar warisan di Kampung Kepayang Sungai Raia adalah Sebuah
bandar warisan yang dibina oleh Toh Muda Wahab,anaknda kepada Orang
Kaya Panglima Kinta Uda Bidin pada awal tahun 1880. Namun walau bagaimana pun Kampung Kepayang ini sudah diduduki menjadi penempatan orang melayu sejak abad ke-17 lagi dan sebuah pengkalan baru yang sebelumnya lebih tertumpu diPengkalan Pegoh.
Sebanyak 50 pra dan bangunan selepas perang dengan berbeza-beza rupa reka bentuk, nilai dan kegunaan telah dikenal pasti sebagai ciri-ciri unik yang mempengaruhi sifat tersendiri ke atas bandar kecil tersebut. Bandar kecil ini juga pernah menjadi bandar yang menyumbang sebahagian ekonomi Negeri Perak.
Dan pada hari ini, Bandar kecil ini hanya sebuah peninggalan warisan yang tidak pernah dipedulikan didalam Negeri Perak. Ianya seolah-olah sengaja dibiarkan usang sepertinya ingin dipupuskan cerita sejarah dan nostalgia pemilik warisan ini buat selama-lamanya, mengapa?, tidak seperti bangunan-bangunan bersejarah lain yang dipelihara reka bentuk dan warisan seninnya didalam Negeri Perak.
Dipenghujung Bandar Kecil ini ada sebuah rumah banglow milik pembina bandar warisan ini. Dan kini ia hanya tinggal rangka sahaja, dimana bahagian lainnya telah dimusnahkan dengan sengaja oleh pemilik setempat. Kenapa ia sengaja dimusnahkan?. Sepertinya ada cerita yang tidak ingin disampaikan dan menginginkan ia terkubur buat selamanya, seolah-olah ada yang tidak ingin ianya terbongkar dari pengetahuan umum.
-tokchangkatlanggor-