Yang Benar Al-Kisah Sebenar Salah Seorang Bangsa Raja

Tun Saban


Dikatakan atau diceritakan dari hampir sebahagian pengkaji sejarah Malaysia malah ada dibukukan olehnya bahawa TUN SABAN pernah berperang dengan angkatan perang Sultan Muzaffar Shah, (Sultan Perak pertama memerintah negeri Perak pada 1528 T.M. hingga 1549 T.M).

Punca peperangan tersebut adalah kerana Tun Saban tidak mahu memberi anak perempuannya yang bernama Tun Merah, untuk dijadikan gundik Sultan.

Dan oleh kerana itu Tun Saban difitnahkan hendak derhaka kepada Sultan Muzaffar Shah. Lalu seorang pembesar Perak yang bernama Megat Terawis dititahkan untuk membunuh Tun Saban. Megat Terawis berjaya membunuhnya di tempat yang bernama Merah atau Changkat Merah, dan di situ jugalah Tun Saban dimakamkan.

Kerana jasanya membunuh Tun Saban, Megat Terawis dilantik menjadi Bendahara Negeri Perak. Cerita mengenai Tun Saban ini banyak terdapat dalam buku sejarah yang berkaitan dengan negeri Perak.

Dilihat kepada cerita yang diajar kepada kita selama ini dan berkurun lama nya dari kecil hingga dewasa serasa adakah cerita sebegini logik dek akal jika kita fikir sedalam-dalam nya?

Jika benar cerita ini logik dek akal, ayuh cuba logikkan persoalan yang timbul ini;

  1. Adakah logik puteri Tun Saban hendak dijadikan GUNDIK sedangkan Tun Saban berketurunan Bangsa Raja. Adakah layak puteri Tun Saban dipanggil gundik?
  2. Tun Saban dilakarkan didalam sejarah seolah-olah memang menjalinkan perhubungan baik dengan Sultan Peraka yang pertama. Adakah mungkin satu kemusykilan atau satu kesukaran bagi Tun Saban menyerahkan puterinya untuk diperisterikan oleh Sultan Perak yang pertama ketika itu?
  3. Dikatakan pula setelah Megat Terawis membunuh Tun Saban berkahwin pula ia dengan Puteri Bongsu Tun Saban. Secara logik apakah mungkin setelah dibunuh Bapanya, Anak perempuan nya pula dijadikan isteri pula?. Takkan tiada tentangan dari keturunan atau pun adik bearadik puteri bongsu sendiri?. Atau pun adakah Megat Terawis ni berperinsip lanun, asal barang orang jadi barang dia?. Mungkin tidak serasanya.

Persoalan ini sahaja cukup membuktikan sejarah sudah kena putar. Kenapa?. Hanya ALLAH s.w.t sahaja lebih mengetahui.

Namun, sebuah naskah dijumpai oleh wakil Saka Tayang Pusaka yang telah dikarang barangkali oleh penbesar istana perak yang masih
tersimpan rapi menceritakan bahawa Tun Saban berselisih faham dengan Baginda Sultan Perak pertama, bukan kerana status Puteri Merah iaitu Puteri kepada Tun Saban.

Ketika Dato' Bendahara Perak yang pertama iaitu Tun Mahmud telah dipanggil pulang ke Johor, Jawatan bendahara ini menjadi kosong. Dan Tun Saban pernah dijanjikan oleh Sultan bahawa seandainya jawatan ini kosong, Tun Saban lah yang layak mendudukinya kerana status sebagai Bangsa Raja. Namun Megat Terawis juga menginginkan kedudukkan tersebut, sehinggalah terjadinya fitnah terhadap Tun Saban bahawa beliau kononnya ingin menderhaka kepada Sultan Perak, Maka Sultan Perak yang ketika itu termakan dengan fitnah yang ditaburkan itu menawarkankan kepada Megat Terawis jika Tun Saban dapat ditewaskan maka jawatan Bendahara ini dianugerahkan kepada beliau.

Maka dengan menjunjung titah Sultan, Megat Terawis melancarkan perang sebanyak dua kali terhadap Tun Saban. Perang yang pertama menemui kegagalan dan apabila Megat Terawis melancarkan perang yang
kedua, barulah ia menemui kemenangan dan tertewaslah Tun Saban.

Jika kita amati sedutan secebis bingkisan cerita ini, serasa logik jua diterima akal dan minda. Namun tetap persoalan bermain diminda, kenapa tidak diceritakan sebenar-benarnya oleh pakar sejarah hari ini dan sengaja dibiarkan anak Melayu disogokkan dengan cerita-cerita Beda'ah (Bohong), Apakah kerana kononnya ingin menjaga nama baik keturunan?. Atau ingin menonjolkan kehebatan sesebuah keturunan?.

Walau siapapun keturunan kita, ini tidak bererti jurai dari individu keturunan kita tidak pernah slah membuat perhitungan. Mereka juga Manusia semacam kita buka MALAIKAT. Yang penting adalah kebenaran, siapa yang salah dan yang benar itu perhitungan mereka yang dahulu. Namun kebenaran itu boleh dijadikan iktibar kepada kita semua bukan membenci keturunan-keturunan yang ada. Jika suatu masa dahulu mereka melakukan kesilapan didalam hitungan, itu mereka bukan KITA.

DAN KITA HANYA MAHU KEBENARAN INI UNTUK MENYATUKAN KITA SEMUA!!!



-tokchangkatlanggor-