Amanah Ngah Kaya
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (QS. AL-BAQOROH : 3)
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah/2:177)
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.(QS. An-Nisa’: 58)
- بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
" Sensungguhnya, apa yang Kau lihat suara itu didengarkan dihati Mu. Dan apa yang kau rasa itu jaga didalam lena Mu. Hayati dengan sejelas-jelasnya oleh Mu.
Barang jaga Mu, wajib dipikul dan dijunjung amanat serta amanah Ku. Amanah serta amanat ini sama sepertinya kehendak Tuhan Maha Pencipta sekalian Alam dan Semesta diturunkan kepada sekalian hamba-hamba Nya melalui Rasul-Rasulnya bagi mengerjakan seluruh kehendak Nya.
Bersatulah keturunan Ku, menyatukanlah mereka oleh Mu. Bakal yang berkehendak itu dahulukan, bakal menolak itu dijauhkan. Namun jangan sesekali Kau memutuskan, memburukkan dan memulaukan. Berdosa besarlah oleh Mu nanti.
Pilih empat didalam lima,Namun berdirinya tiadalah sama bak bagai tangan jejari lima.
Satunya itu, nama bak bagai laksamana yang tua, bukan pula dari saudara mu yang tua namun ia tua dari mu mengikut usia.
Yang keduanya itu ada dalam adinda Mu yang warak pilihan keempatnya diantara Laksamana Tua. Adam inilah saudara yang tua yang hidupnya berbekal telunjuk dari bondanya.
Kelimanya itu pula, Ridhuan empunya nama. Taat kepada Ibu mahupun segala yang tua dan ia dengan mu bak bagai keris dengan sarungnya dan begitulah nanti kerja pakat bersama ......."
" Amanat Ku, jangan kau derhaka kepada Ayah bonda yang telah Allah rencanakan. Amanat Ku, kerjakan segala kebaikan yang Ku amanahkan dengan izin Tuhan. Amanat Ku, berbuat adat bersendi Al-Quran dikekalkan kembali didalam darah seluruh peninggalan. Amanat Ku, jangan dipaksa pada yang menolak, nescaya awal tidak, hujung berkehendak. Berikan saja jika ada. Jangan kurang walau sebesar hama, sudah direncana pada semua. Untung rugi, iman ukiran diri. Jangan diulang perkara lama nanti pasti Kan kiamat semula"
- Amanah Ku, Satu Waris Satu Semua.
- Amanah Ku, lakukakan seikhlas hati yang ada.
- Amanah Ku, kerjakan semula pada segala yang pernah bemula.
- Amanah Ku, muliakan semula maruah yang dicela.
- Amanah Ku, pelihara kembali martabat keluarga.
"Telah kami taburkan seluas-luasnya dari pintu masuk yang dipagar oleh seribu Gajah dan ada sebatang sungai yang mengalir ditengah-tengah diatas tapak yang telah terbina dan dihujungnya ada seakan seekor harimau yang besar. Seluas itulah ia tersimpan. Sesungguhnya carilah ia diatas keizinan Nya..."
Bermula
Pada hari 2 bulan 3 tahun 1436, Disampaikan berita oleh Tok Ulamak kepada seluruh keluarga akan amanat amanah Tok Ngah Kaya kepada Tok Panglima.Disuruh Tok Panglima Raja kepada Tok Ulamak canangkan berita sehingga dapat didudukan semua dan diadakan sidangnya seluruh keluarga.
Maka berhasillah usaha Tok Ulamak menghimpunkan semuanya. Sesudah sampailah waktu yang janjikan maka datanglah seluruh waris Tua cucu Tok Ngah Kaya bagi mendengar berita. Tok Ulamak itu juga dipilih Tok Panglima.
"Anaknda mendapat pesan dari Tok Ngah Kaya, hairanlah juga pada mulanya anaknda....seakan benar jadinya cerita selepas jaga didalam lena" Kata Tok Panglima Raja dihadapan khalayak saudara-saudaranya.
"Disuruh kita semua berbuat baik, mengerjakan perkara baik", Kata Tok Panglima Raja lagi.
"Perkara baik wajib dikerjakan, sesungguhnya tiadalah pernah melakukkan"...."Tapi, bagaimanakah mahu dimulakan",celah ayahnda saudara panglima.
"Kita himpunkan semula segala wasiat lama yang tersimpan pada setiap yang ada, lalu kita satukan agar dapat kita rujuk bersama", cadangan diberi Wak Beran akan acara bermula langkah pertama.
"Baiklah, bermula tika dan saat ini. Khabar yang disampai sedia terima. Tiadalah salah berbuat baik,walau didatangkan didalam lena anaknda panglima tiada yang pelik jika kehendak yang Esa", kata ayahnda saudara yang berbonda dari keturunan Maharajalela.
"Bagi yang ada semua, terserah kata didada. Bagai kata Tok Ngah Kaya, jika berkehendak ayuh sesama jika sebaliknya tiada dipaksa. Kepada anaknda panglima, kami serahkan pada anaknda panglima. Menyusunlah anaknda segala rentak dan acara, diberi mandat penuh percaya, percaya pada kata-kata yang jelma. Kami mengikut apa pun recana, berbuat baik satu semula, dibuat adat didalam kita buat cucu cicit yang ada. Agar mereka mengenal bangsa". katanya lagi.
"Junjung kasih ayahnda diatas yakin pada diri anaknda. Akan anaknda membuat sebaik yang ada. Melaksanakan amanat serta amanah Tok Ngah Kaya. Agar semua dimenafaat dan dirasai bersama." kata Tok Panglima Raja.
Sesudah itu bersurai lah mereka. Pada saat itu dan seterusnya dicaturkan agenda. Tiada lah berbuat melanggar hukum yang tersedia. Segala tertumpu niat untuk kaum kerabat keluarga.
Pada hari 5 bulan 4 tahun 1436, Tok Panglima Raja mulakan acara menyusun empat jadikan lima. Itulah kehendak pertama Tok Ngah Kaya.Bertemulah mereka disebuah kota, Duduk dihadapan dua mercu tanda, Disitulah mula berbicara membuat kerja
Bersua mukalah pada yang lima, ditanbah satu enam kesemuanya. Seorang itu pendamping kepada kekanda kedua, hanya mendengar diturut tiada. Maka disitulah mulalah cerita, berbahagilah tugas, gelar serta waktu, masa dan tugas berbahagi kerja.
Adam itu kekanda saudara yang tua, tugasnya kelak membawa hingga ke Raja.
Laksamana Tua pula bentara menteri, dari dia konon katanya segala kunci.Digelarlah orang Tok bertuankan Menteri.
Tok Panglima Raja pembawa cerita. Pusaka keluarga banyak diturun padanya. Tugas padanya itu segala, yang terkurang itu ditamnbah pula.
Adinda keempat itu dikata orang, warak orangnya. Dari wataknya, sesuailah ia menyempurna agama. Tok Ulamak itu gelaran panggilannya, berdakwah itu kata amalannya.
Ridhuan nama tubuhnya. Tugasnya pula menyusun, menghimpun juga menyimpan khazanah keluarga. Kebetulan pula ia mengambil upah bekerja. Kerja yang sama seperti tugasnya.
Menyusun Nama
Adapun disebut oleh Ayahnda Anaknda Panglima Raja, bahawa ibu sesusu ayahndanya memberi senaskah jalur asal usul bangsanya. Diterima ia dari nenda yang berlakikan jalur bangsa itu yaitu Bapa kepada Ayahnda Anaknda Panglima. Tiadalah lama dari menyerah naskah kepada Ayahnda Tok Panglima itu, kembalilah Ibu yang menyusukan bertemulah Maha Pencipta yang menjadikan segala.
Duduklah Wak Beran bersama Tok Panglima Raja menyambung pada nama-nama bangsanya yang ada. Adapun Wak Beran itu Ridhuan yang sama digelar orang dari azalinya.
Namun tiadalah semua hanya kumpulan kecil yang tiada mahu nama dibuat kira. Tidak tumpahlah ia samalah rasanya membuang Bonda dan Ayahnda nya, Namun bicara haq tetap berkehendakkan kerana adab adat itu tiada utama. Sesungguhnya hanya yang beradat itu lebih berhaq dari yang tiada.
Sesudah susun, tugas Tok Ulamak menjadi peranan utama. Membawalah ia kepada Kerajaan Jin dipinggir Kota duduknya. Disitu jualah dekatnya Istana yang mejaga Negara.
Tok Ulamak ditemani Bapa Saudaranya sebelah Bondanya. Dikata Jin yang menjaga khazanah dunia mengenal bapa saudaranya, kerana ia pernah berkhidmat dengan mereka disuatu masa, mudahlah ia berurus kata.
Dikata pada bulan 10 hari yang sama, yakni jumaat penghulu segala hari, beroleh lah mereka kata terima dari Ketua Jin Penjaga Saka Bangsa dan dibekallah sebuah warta, agar tiada disanggah oleh jelata.
Bersyukurlah mereka kepada Tuhan yang Mahakuasa, Diberkati segala usaha yang pertama. Doa selamat dipanjatkan segala, diberi makan kepada saudara tanda bersyukur tiadalah terhingga.
Sudah menjadi resam dunia, bagi yang tiada dikira nama menyanggahlah ia kepada ketentuan Maha Pencipta. Dikatakan turunnya bala menimpa, mulut dikunci badan dihempas cilaka.
Membuat Adat
Sesudah pertama berbuatlah kedua. Dari mula hingga kedua itu akal sang panglima. Akalnya dikata tertanam batu geliga, dipecah enam dibuang lima. Satu pada nya yang empat pada saudara-saudaranya dan yang tinggal satu itu tersimpan rahsia disebuah tempat tiadalah jauh dari berbintang tiga.
Bersidang semula seadanya. Diceritakan adab berbangsa itu ada adatnya. Dibuka buku dari istana datangnya, yang dikarang nenek moyang mereka.
"Sudah terlampau lama kita meninggalkan adat, sehingga hampir pupus persembahan azalinya. Rugilah hidup anak cucu kemudian hari nanti, tiada satu pun menjadi melayu sejati", kata-kata Panglima kepada waris-waris tertua.
"Apa maksud dengan kata-kata Mu itu wahai anak muda", mencelah salah seorang waris yang terutama
"Begini maksud anaknda panglima,Demikian lagi jika sama duduk di negeri dipilih pula pada asal keturunan datuk neneknya dan bapanya,jika kecil sekalipun gelarnya orang yang tiada berasal itu lebih juga yang berasal itu.Demikian lagi seperti yang bangsa raja itu,jika miskin sekalipun ia di pertengku dan diperpatik juga, maka duduknya pun ke ataslah kerana ia bangsa raja. Disini sudah nyata lagi bersuluh bahawa wajiblah ia bagi seisi semua berbuat resam adat istiadatnya kembali. Bukan untuk bernegeri bukan untuk memerintah tapi untuk anak cucu cicit kita”, cerahan dari panglima lagi.
Setelah mendengar dari cerita itu, beroleh setujulah dari bapa-bapa waris yang terutama. Sang Panglima dan Wak Beran setiap harinya tiadalah lelah dari mempelajari ilmu yang ditinggalkan didalam warkah sakti, hikayat riwayat berbuat adat itu dikarangkan didalamnya oleh nenek moyong mereka. Dihayati sedalam-dalamnya agar tiadalah bercanggah perbuatan ketika terlaksana.
Berita berbuat adat itu didengari oleh keluarga yang berbangsa luar. Gembira tiadalah terhingga oleh mereka Sang Panglima berbuat adat. Seolah-olah zaman nenek moyang mereka ibarat bersinar semula. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Bersibuk-sibuklah mereka menyediakan apa yang kurangnya. Walaupun tiadalah mereka itu sebangsa dan seagama namun mereka itu begitu taat dan setia kepada Sang Panglima kerana mereka diajar kenal akan Melayu.
Sesudah enam puluh hari lamanya, sampailah waktu dinantikan. Akhirnya, hampir seluruh kaum kerabat dapat disatukan. Terpahat Kasih Sayang diwajah-wajah mereka yang hadir dan saksi akan kejadian keesokkan berbuat adat tidak berkojan.
"Kekanda, apakah bukti kita ini berbuat benar?", pertanyaan yang menyelubungi Wak Beran kepada Sang Panglima ditengah-tengah malam yang sunyi.
"Sekarang waktu sudah melepasi tengah malam, mengikut karangan warkah sakti ini bahawa - diantara perjalanan sesudah waktu tengah malam menuju ke waktu subuhnya, ditengah-tengah waktu itu berlaku ribut dan taufan. Bunyi seakan angin ribut tadi itulah Jin-Jin yang turut hadir datang menyaksikan namun mereka ini diberikan sempadan",cerita Sang Panglima.
Sejurus kemudian, tiba-tiba dengan izin Allah s.w.t kedengaran angin yang begitu kuat dan guruh dilangit berkumandang seolah-olah bagaikan ingin berlaku ribut dan taufan sehinggakan pondok mereka pun terasa goncang.
"Kekanda, nampaknya seperti apa yang dikata. Meremang pula bulu roma ini. Tetapi dimanakah sempadan buat mereka wahai kekanda",Bertanya lagi Wak Beran kepada Sang Panglima.
"Dimana Petir menyambar dari langit turun kebumi, dan akan ia meyambar pada sebatang pokok. Dari pokok itu lah nanti akan keluar raja-raja kelkatu berterbangan dengan banyaknya. Dan sesudah matahari pagi terbit dan setelah selesai didudukkan segala waris-waris tua ditangga naga emas yang bertingkat-tingkat dan sesudah berbuat adat istiadat didalam rumah adat itu maka dengan izin Allah s.w.t akan diturunkan hujan sesudahnya. Itulah cerita menurut warkah sakti ini", jelas Sang Panglima kepada adinda saudaranya itu.
Namun dengan izin Allah s.w.t segala yang dikhabarkan itu berlaku dengan sebenar-benarnya. Allah Maha Mengetahui segala kejadian, Subahanallah Allah Maha Besar.
Sesudah tujuh selesai bersiram,
Air Tujuh langit tujuh bumi.
Tujuh ditambah dari tujuh imam,
Lima dapat basahan didepan saksi.
Sesudah selesai memakai baju,
Baju Melayu bercorak lama.
Tanda mengerja adat yang baru,
Baru dimula dari yang lama.
Tempat berbuat di rong adat,
Tempat saksi penerima nama.
Selesai sudah sempurna amanat,
Hasil kedua dari amanah Tok Kaya.
Walau sudah bukan disitu sahaja,
Panjang lagi sesudah semua.
Yang selesai dijadi semangat usaha,
Buat menempuh segala duga.
Ketika sudah, berasalah yang tiada,
Bukan disuruh, kehendak mereka.
Tidak diputus, menjauhkan sahaja.
Jenis derhaka, kata Tok Kaya.
Begitulah cerita dikata, usaha mereka diterima oleh Tuhan Maha segala. Sudahlah tetap berbuat adat jika ada bersilih ganti. Tiadalah boleh dikata henti, wajib dikendung disambung sampai kemati.
Disalin Semula Oleh : tokchangkatlanggor