RINGKASAN ISIAN
FAKTA
- RAJA DI-BARUH : Raja yang mempunyai Wilayah kuasa jajahan dan Pentadbiran di kawasan Persisiran. Ia juga merupakan gelaran dalam susunan perwarisan negeri Perak
- PERLANTIKAN : Raja Di-Baruh dilantik dari kalangan anak-anak Raja Kedah dalam Istana Perak sejak dari sebelumnya kewujudan Sultan Perak yang pertama.
- KELUASAN JAJAHAN DAN PENTADBIRAN : Penyandangnya memerintah daratan di barat Banjaran Bintang di sepanjang persisiran Selat Melaka. Di sebelah utaranya bersempadan dengan Kedah di Batu Kawan dan Lembah Kurau, manakala ke selatan mencapai Manjung dan Banjaran Bintang terletak di Perak .Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Bintang ( 1882 m), Gunung Inas ( 1801 m), Gunung Ulu Jernih ( 1577 m) dan lain-lain gunung dan bukit yang lebih rendah.
Sesetengah banjaran menjadi garisan sempadan antara negara, sempadan antara negeri atau sempadan antara daerah. Menjadi legeh sungai antara Sungai Perak dengan Sungai Kinta serta bebarapa sungai lain. - KEPUPUSAN GELARAN DAN KUASA : Secara kronologi gelaran ini beransur ansur lenyap pasca penaklukan Siam ke atas Kedah pada 1821. Dalam tempoh beberapa dekad perkelahian merebut Wilayah 'Baruh' (pantai), ini berlaku antara Perak dengan Kedah kerana pertindihan kekerabatan saudara pupu. Wilayah tersebut diberi pengesahan oleh sultan Perak dan lama kelamaan Wilayah jajahannya terus mengecil sehingga turut hilang pegangan ke atas baki wilayahnya dan akhirnya gelaran Raja Di-Baruh ini lenyap sepenuhnya.
- PENYANDANG TERAKHIR : Dari sumber fakta menyatakan bahawa Raja Muhammad (Anak Raja Kedah dan dua pupu dengan Sultan Iskandar Zulkarnain) dimana dikatakan bapanya hidup sezaman Sultan Iskandar Zulkarnain.
-tokchangkatlanggor-