Seri Amar Di-Raja
Gelaran "SERI AMAR DIRAJA" adalah kurniaan gelaran dari keturunan Bangsa Raja kepada pembesar-pembesar dibawah kelolaan Dato' Panglima Kinta dizaman pemerintahan Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Sultan Perak ke 19.
Sebagai contoh, Orang Kaya-Kaya Seri Amar Bangsa Raja Dato' Panglima Kinta Uda Bidin pernah mengurniakan Toh Panjang Bongkok gelaran Sri Amar Diraja dan seterusnya diberikan hak untuk memungut cukai di Sungai Kinta sebagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Dato' Panglima Kinta Bangsa Di-Raja.
Fakta sebenar gelaran Sri Amar Diraja adalah gelaran yang diberikan oleh Tun Saban sejak dari dahulu lagi iaitu ketika zaman Pemerintah
Digelar "HALUAN" namun semenjak dari kurun ke-19 segalanya berubah di atas campurtangan orang kulit putih didalam pen tadbiran Negeri Perak dan kini hanya salah satu gelaran dari enam belas pembesar -pembesar Negeri Perak.
Selepas Seri Amar DiRaja Toh Panjang Bongkok, pem besar di Batu Gajah di teruskan anaknda beliau iaitu Toh Amar Diraja Pandak Akal (meninggal pada 1859)dan kemudian nya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam.
Birch, yang belayar ke mudik, ada menyatakan tentang tempat-tempat seperti Ayer Mati dan Batu Gajah di sebelah kiri, dan juga Sungai Terap dengan lebih kurang 30 buah rumah di sebelah kanan. Ke hulu lagi di sebelah kanan terdapat Sayung dan Lambung Kuda di mana di situlah Sri Amar Diraja mengumpul ufti pada timah yang diangkut melalui sungai. Selepas melepasi Sungai Jerneh, Birch sampai ke Pengkalan Kaca(Changkat Piatu), tempat tinggal Sri Amar Diraja.
Peranan Dato' Amar di Raja menjadi kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892
-tokchangkatlanggor-