JASA YANG TIDAK DI-KENANG
Dato' Panglima Kinta ke-10 Kulub Usof dikatakan adalah diantara pembesar yang utama berjasa besar kepada Negeri Perak kerana membangunkan IPOH (setakat pekan lama ipoh sahaja)dengan membina penempatan dan rumah-rumah kedai dan menjualkan setiap lot-lot tersebut kepada padagang dari negara China yang melombong didalam Tanah Melayu ketika itu dan Beliau juga dikatakan terlibat didalam membangunkan Batu Gajah dengan membina Padang Lumba Kuda yang pertama di Negeri Perak, dan beliau adalah Pembesar Melayu Pertama yang mempunyai beberapa buah Bangsar Lumba Kuda didalam Negeri Perak (rujukkan-SGnewspaper),oleh pakar sejarah Perak hari ini.
Dengan menjual tanah-tanah Melayu dan mengalakakan perniagaan perjudian sahaja, Tokoh ini sudah dianggap begitu hebat dan di agung-agungkan oleh Pakar Sejarah Melayu Perak sebagai pembangun pada Negeri Perak bagaimana pula dengan satu lagi TOKOH PEMBANGUN DAN PENYUMBANG YANG LEBIH HEBAT DARI DATO' PANGLIMA KINTA KE-10(panglima kinta yang dilantik British).
Tokoh yang dimaksudkan itu, dari keturunan yang sebenar-benar keturunan Bangsa Raja iaitu Putera Tunggal Dato' Panglima Kinta Ke-9,Dato' Muda Panglima Kinta Ke-10 Iaitu Dato' Ngah Abdul Wahab.
Dikiri : Baginda dan Anak Sepupu Baginda bersama Pendatang Tanpa Izin
Diatas Kebijaksanaan,Kekayaan dan Kehebatan Kepribadian Beliau mungkin salah satu faktor beliau amat dicemburui, terutama bagi beberapa Pembesar-pembesar dan Kerabat Raja ketika itu mungkin membuatkan mereka ini lebih mengilap diri mereka sendiri dimata sejarah Melayu dari terbongkar fakta sebenar. (boleh diibaratkan lembu punya minyak sapi angkat nama).
Setelah percubaan pertama menjatuhkan Toh Muda Wahab dengan memfitnah beliau adalah punca dan telibat didalam kematian Toh Muda Abdurani gagal, tetapi tidak menggagalkan usaha beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat diatas kekayaan beliau.
Sebagai salah satu dari beberapa contoh jasa dan bakti beliau yang dicurahkan bagi membangunkan Negeri Perak ini:,
1. Toh Muda Ngah Abdul Wahab adalah salah satu engineer sivil @
kontraktor Melayu yang sangat disegani didalam Negeri Perak.
Beliau membina dan membaik pulih bangunan didalam Negeri Perak
dan Negeri-Negeri lain selain didalam Negeri Perak dan sehingga
hari ini ia masih boleh dilihat.
2. Beliau bukan sahaja mempunyai lombomg-lombong bijih timah sahaja
malah beliau juga diantara Pembesar yang cenderung keatas usaha-
usaha didalam pertanian negeri Perak.
3. Bukan setakat memiliki "Land Lord", mewujudkan peluang perkerjaan
serta ekonomi malah membina kemudahan sehingga hari ini ia masih
wujud dan di gunakan didalam Negeri Perak.
4. Dan banyak membuat masjid bagi penduduk setempat untuk beribadat
dan beribadah dimana kebanyakkan masjid-masjid tersebut telah di
tukar namanya dan banyak lagi perkara yang tidak diketahui oleh
kita. Ada beberapa dokumen peninggalan dari Toh Muda Wahab
tentang sejarah dan kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh beliau
yang masih tersimpan rapi oleh salah seorang waris beliau iaitu
Tengku Mohd Ridhuan seorang pengurus bank berdaftar menyatakan
ketika ditemuramah oleh Saka Tayang Pusaka.
Ternyata benar lagi bersuluh akan kehebatan, jasa bakti dan kekayaan beliau yang dicurahkan kedalam Negeri Perak kenapa yang berbau busuk itu juga dijunjung dan dilakarkan oleh Melayu yang cerdik pandai pada hari ini?. Adakah kerana Melayu cerdik pandai sedang menjilat punggung seseorang ? Atau Melayu yang cerdik pandai ini menjadi penakut yang amat kerana ada tangan yang sedang memegang telur mereka? Allahualam, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui segalanya. Namun kami dan kamu-kamu Melayu mahupun bukan Melayu yang bersama kebenaran sentiasa akan belajar mencari kebenaran sebenar-benar kebenaran buat diceritakan kepada anak cucu cicit dan generasi baru.
-tokchangkatlanggor-