Gelaran
Mior/Meor(16)
Gelaran
ini dikatakan berasal dari perkataan Arab (1).Amir(65). Timbulnya perkataan Amir juga adalah kehendak
orang Arab juga(62), berikutan perkahwinan yang
berlaku diantara Sharifah dengan orang yang bukan dari golongan keturunan yang
menggunakan gelaran Sayyid(2). Mengikut mereka,
gelaran ini adalah lebih baik dari gelaran lain-lain.
Didalam
loghat perak perkataan Amir ini dari masa ke semasa bertukar menjadi mior/meor(67). Mengikut mereka gelaran Amir bagi anak laki-laki.
Jadi gelaran Mior/Meor adalah satu korupsi daripada perkataan Amir. Di antara
banyak gelaran , hanya gelaran Mior/Meor sahaja yang benar-benar berasal dari Negara
Perak kerana gelaran itu dicipta oleh keturunan mereka sendiri(68).
Rujukan
(16)Mohd
Zulkifli Hj. Abdul Aziz - Gelaran Orang Melayu Perak m/s16
(1)TokChangkatLanggor -“Amir” merujuk kepada maksud dan maknanya adalah “Putera, ketua,
pemerintah, penguasa, pemimpin”
(2)TokChangkatLanggor - Jelas merujuk kepada makna dan maksud sebenar , gelaran ini hanya dipakai
oleh orang melayu yang berbangsa raja sahaja kerana dizaman sebelum penjajahan
hanya terdapat 3 golongan bangsa sahaja iaitu Bangsa Raja, Bangsa Bangsawan
dan Bangsa Rakyat Sahaja.
(65)Willkinson,op.eit
(66)YB
Raja Razman Bin Raja Hamid.PJK
(67)Willkinson,op.eik
(68) YB Raja Razman
Bin Raja Hamid.PJK
………………………………………………………………………………………………………………………………………….................
Renungan
Perkataan
As-Sayyid, (jamaknya Saadat atau Asyad), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang
bermakna ‘ketua’ atau ‘pemimpin’. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis,
Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Hassan:
“Sungguhlah
bahawa putera ku ini (sambil menunjuk kepada Al- Hassan RA) adalah Sayyid.
Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua
golongan besar dari kaum Muslimin.”
Rasulullah
SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai ‘pemimpin kaum wanita
Islam (sayyidah nisa’ ummati)’ dan cucu baginda, Hussein, sebagai ‘pemimpin
kaum belia di Syurga (sayyid syabab ahlal-jannah).’
Selain
itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti ‘ketua suku’
(sayyid al qabilah) atau orang bangsawan.
Istilah
Syarif, (jamaknya Asyraaf), bererti ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan
istilah Sayyid. Gelaran Syarif diguna oleh Bani Hashim ketika permulaan Islam
sebagai nama sebutan atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hashim
yang memakai gelar Syarif ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.
Di
Hijjaz, sebutan Syarif tidak digunakan kecuali untuk para penguasa Mekah dari
keturunan Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket Sayyid
diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Hussein sementara Syarif dari
keturunan Hassan. Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di
selatan semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran Habib yang bererti ‘orang
yang dikasihi’.
Apabila
seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan bergelar Sayyid,
nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor (lelaki)
dan Wan (perempuan).
Dari
Kepayang pergi ke Pekan
Singgah
bermalam di rumah Panglima
Sekalian
makhluk Tuhan jadikan
Kaya
miskin di pandang sama
Sungai
Ular namanya asal
Singgah
semalam datang mengaji
Perkara
yang buat jangan disesal
Ikutlah
untung apa nak jadi
Dari
Kinta pergi ke Kuala
Baru
mari ke Simpang empat
Ilmunya
orang dahulu kala
Payah
nak cari beli tak dapat
Tokchangkatlanggor
#MeorMuhammadAlFaradz